Che’gu Bard akan dedah segala dokumen penyelewengan kerajaan negeri Selangor malam ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard sedia dedah semua dokumen penyelewengan dan bukti kes tanah RM10 bilion.

Jelas Che’gu Bard, pendedahan ini berkaitan penganugerahan projek pembersihan Sungai Klang tanpa melalui tender terbuka membabitkan Kerajaan Neegeri Selangor dan syarikat Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd yang didakwa milik jutawan, Tan Sri Vincent Tan.

Katanya, pendedahan itu akan dibuat di belakang Caltex Taman Melawati [Dun Hulu Kelang] dan Kompleks PAS Kg Nakhoda (Premis Pasti Al-Furqan) menerusi tayangan slaid bukti dokumen termasuk dokumen sulit dari kerajaan negeri, malam ini.

“Amirudin Shari panik. Saya akan terus berpegang fakta dan dokumen. Saya akan dedahkan semua malam ini. Saya turut akan dedahkan beberapa penyelewengan lain.

“Tayangan slaid bukti dokumen akan dibuat termasuk dokumen sulit dari kerajaan negeri.

“Hari ini. 9.30 malam saya di Belakang Caltex Taman Melawati [Dun Hulu Kelang] dan 11 malam saya di Kompleks PAS Kg Nahkhoda (Premis Pasti Al Furqan) [Dun Sg Tua].” katanya pada satu kenyataan Facebook, hari ini.

Terdahulu, Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard memaklumkan telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penganugerahan projek pembersihan Sungai Klang tanpa melalui tender terbuka.

Ia membabitkan Kerajaan Neegeri Selangor dan syarikat Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd yang didakwa milik jutawan, Tan Sri Vincent Tan.

“Pada 6 Ogos 2023 (Ahad), saya telah membuat laporan SPRM berkenaan perkara di atas. Laporan saya dilampirkan hamper 200 helai dokumen berkaitan termasuk bertaraf sulit antaranya 5 Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan salinan perjanjian antara Landasan Luamayan dan Berjaya Land Berhad serta salinan surat surat dalaman kerajaan.

“Melalui dokumen-dokumen yang dihantar jelas menunjukkan bahawa telah berlaku beberapa salah laku dari segi teknikal dan moral.

“Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Datuk Seri Amirudin Shari selaku Menteri Besar Negeri Selangor telah memberikan projek membersihkan Sungai Klang kepada sebuah sebuah syarikat yang dinamakan Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd bernilai RM700 juta tanpa melalui proses tender terbuka,” dakwa beliau pada sidang media pada Isnin.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menganggap dakwaan yang menuduh beliau menyerahkan tanah milik Selangor kepada Berjaya Land untuk mengusahakan projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) sebagai melampau.

Amirudin menjelaskan tanah pembangunan SMG masih dipegang Menteri Besar Selangor Inc (MBI) cuma kebenaran untuk pembangunan itu diberi kepada syarikat usaha sama (JV) bersama dengan Berjaya Land.

“Gerbang Maritim Selangor ini meliputi 88,000 ekar tanah sepanjang 56 kilometer Sungai Klang ia projek pembersihan sungai juga projek untuk membangunkan kemudahan taman awam, grand bazar, resort dan juga perumahan

“Sebenarnya Berjaya Land tidak membeli syarikat seperti mana yang dituduh tetapi ada JV antara Berjaya Land dan juga Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLSB),” jelas beliau dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada petang Isnin.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat