Che’gu Bard Lapor SPRM Skandal RM10 Bilion Libatkan MB Selangor, Persoal Status Hutan Simpan Bukit Lagong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard memaklumkan telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penganugerahan projek pembersihan Sungai Klang tanpa melalui tender terbuka.

Ia membabitkan Kerajaan Neegeri Selangor dan syarikat Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd yang didakwa milik jutawan, Tan Sri Vincent Tan.

“Pada 6 Ogos 2023 (Ahad), saya telah membuat laporan SPRM berkenaan perkara di atas. Laporan saya dilampirkan hamper 200 helai dokumen berkaitan termasuk bertaraf sulit antaranya 5 Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan salinan perjanjian antara Landasan Luamayan dan Berjaya Land Berhad serta salinan surat surat dalaman kerajaan.

“Melalui dokumen-dokumen yang dihantar jelas menunjukkan bahawa telah berlaku beberapa salah laku dari segi teknikal dan moral.

“Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Datuk Seri Amirudin Shari selaku Menteri Besar Negeri Selangor telah memberikan projek membersihkan Sungai Klang kepada sebuah sebuah syarikat yang dinamakan Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd bernilai RM700 juta tanpa melalui proses tender terbuka,” dakwa beliau pada sidang media pada Isnin.

Che’gu Bard menjelaskan, walaupun ia Syarikat bertujuan khas (SPVC) tetapi ia bukan dikawal kerajaan negeri kerana kerajaan negeri memegang minoriti di mana 55 peratus syarikat dikawal Berjaya Land Berhad iaitu anak syarikat Berjaya Group yang dimiliki dan diasaskan oleh Vincent Tan.

“Syarikat ini sendiri beralamat berdaftar di Berjaya Times Square di mana hampir semua syarikat Vincent Tan berkubu.

“Sangat luar biasa apabila Menteri Besar serta Ir. Izham Bin Hashim, Exco Kerajaan Negeri sendiri duduk dalam syarikat dan menerima elaun yang dikawal Berjaya Land Berhad tetapi kerajaan negeri anugerah projek kepada syarikat tersebut,” dakwa beliau lagi.

Tambah Che’gu Bard, melalui dokumen yang dilampirkan jelas menunjukkan Landasan Lumayan yang mengendalikan Selangor Maritime Gateway (SMG) merupakan syarikat yang dikenal pasti bermasalah melalui laporan audit malangnya terus diberi kuasa.

“Sangat menjolok mata apabila Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd melalui projek ini telah memiliki tanah lebih 600 ekar membawa kepada nilai RM10 billion (GDV) lebih malang lagi bukan sahaja suntikan dana rakyat (hutang) kepada Landasan Lumayan dihapuskan kira malah kerajaan turut akan menghapuskan pembayaran premium tanah.

“Itu belum lagi nilai hasil pasir, batuan dan tanah yang diperolehi syarikat melalui projek tersebut,” dakwanya.

Mengulas isu lain, Che’gu Bard juga mendesak Kerajaan Selangor untuk menyatakan status Hutan Simpan Bukit Lagong.

“Adakah kerajaan negeri guna terma baru iaitu kuari hutan bagi kawasan hijau tanpa menukar taraf hutan simpan?

“Menurut dokumen yang ditemui menunjukkan 27 plot kuari hutan telah diberi kepada perbagai pihak untuk dibuat kuari hutan.

“Sebanyak mana balak dikeluarkan atas nama kuari hutanjuga perlu diperjelaskan apabila antara 27 plot tersebut turut dimiliki oleh (syarikat) Menteri Besar Diperbadankan.

“Jabatan Hutan seharusnya menjaga hutan tetapi di bawah kerajaan ini, Koperasi Jabatan Perhutanan Selangor turut dapat hak teroka hutan simpan. Adakah ini operasi semua dapat habuan untuk tutup kegiatan,” soal beliau.

Dakwa Che’gu Bard lagi, antara 27 plot tersebut diperolehi oleh Jernih Jasa Intan Sdn Bhd (JJI).

“Dipercayai syarikat bertaraf RM2 dan baru ditubuhkan sebelum memperolehi “kuari hutan tersebut”. Syarikat ini dimiliki oleh Khairul Afiq A Rahim berusia 30 tahun syarikat itu mendapat anugerah kuari hutan bernilai jutaan ringgit.

“Amiruddin kena jawab kerana menurut carian kami pemuda itu ialah anak kepada Timbalan Ketua Keadilan Gombak dan merupakan setiausaha politik Amiruddin di kawasan.

“Lebih menarik dan pelik pada September 2022, sebuah NGO dikenali Projek Pendedahan Rimba (RDP) telah mendedahkan tanah Hutan Simpanan Bukit Lagong dijual pada harga RM150,000 seekar di laman web EdgeProp.

“Secara keseluruhan, sejumlah 40.468 hektar hutan simpanan sedang dijual di laman web untuk tujuan kuari. Dimana peta yang ditandatangani Pengarah Jabatan Hutan Selangor Mohd Ridzuwan Endot yang menunjukkan 27 plot kuari hutan telah disiar iklankan.

“Adakah ini menunjukkan syarikat-syarikat yang dapat ialah syarikat yang tidak kompeten, dimana menjual kuari hutan itu selepas mendapat anugerah dan adakah dana penjualan kuari hutan masuk ke kocek ahli politik regim campuran sebagai untung atas angin? soalnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat