PM Ucap Tahniah Kejayaan Pearly Tan, M Thinaah Menang Pingat Emas

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada beregu wanita badminton negara, Pearly Tan dan M Thinaah yang berjaya meraih pingat emas di temasya Sukan Komanwel 2022 yang berlangsung di Birmingham, hari ini.

“Tahniah Pearly Tan dan Thinaah atas kejayaan merangkul pingat emas dalam acara badminton beregu wanita di Sukan Komanwel 2022.

“Syabas @PejaOfPerak @KBSMalaysia @MSNMALAYSIA @BA_Malaysia. Pingat emas ketujuh Malaysia,” kata Perdana Menteri, dipetik dari catatannya di Twitter, sebentar tadi.

Kejayaan beregu badminton negara itu hadir selepas mereka beraksi cemerlang menewaskan wakil England, Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 pada aksi final di National Exhibition Center (NEC).

Kemenangan mereka itu juga sekali gus menebus kekecewaan kontinjen negara, apabila perseorangan lelaki, Ng Tze Yong terlepas emas selepas tewas kepada wakil India, Lakshya Sen pada aksi final sebelum itu.

Serentak dengan kejayaan meraih pingat emas ketujuh itu juga bermakna ia mengulangi pencapaian kontinjen negara pada temasya di Gold Coast pada 2018.

Temasya Sukan Komanwel 2022 berakhir malam ini selepas ia berlangsung sejak 28 Julai lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat