Lengkaplah keluarga kecil Stacy dan Akim

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Stacy Anam yang melahirkan bayi lelaki Sabtu lalu menerusi pembedahan berterima kasih atas doa orang ramai buat mereka.

Stacy atau nama sebenarnya, Ummu Syaikhah Stacy, 32, berkata, dia menjalani tempoh berpantang di rumah dengan bantuan ibunya.

“Terima kasih buat orang ramai yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Alhamdulillah, kini lengkap keluarga kecil kami dengan kehadiran cahaya mata lelaki ini.

“Mengikut perancangan bersama doktor, kami bersetuju untuk bersalin menggunakan kaedah pembedahan, sama seperti Eshaal. Semakin meningkat usia, semakin penat apabila kehamilan sudah berada di penghujung.

“Saya menjalani tempoh berpantang di rumah saja, mujur juga ibu datang untuk menemani dan membantu,” katanya.

Terdahulu, suami Stacy yang juga penyanyi, Akim Ahmad, 31, berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram, Sabtu lalu.

Pada Mac lalu, Stacy mengesahkan dia hamil anak kedua dengan usia kandungan mencecah empat bulan.

Stacy dan Akim yang juga penyanyi kumpulan Akim & The Majistret berkahwin pada 5 Februari 2016.

Stacy memiliki seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 9, dan anak perempuan, Eshaal Afiq Hakim, 5, tahun hasil perkongsian hidup bersama Akim.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat