KPM Bantu Pelajar Gagal SPM, Ambil SPM Ulangan (SPMU)

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 10,681 orang calon tidak hadir manakala 45,526 orang calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 tidak layak mendapat sijil kerana gagal mata pelajaran Bahasa Melayu atau Sejarah atau kedua-duanya.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, bagi membantu calon tersebut mereka boleh menduduki peperiksaan SPM Ulangan (SPMU) yang dilaksanakan pada setiap tahun.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk memastikan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat sijil SPM bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi atau menceburi alam pekerjaan.

“SPMU menawarkan tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik. Untuk tahun ini, SPMU akan dilaksanakan pada bulan September,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Selain itu jelasnya, calon juga boleh menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian pada tahun-tahun berikutnya.

“Keputusan bagi peperiksaan ini boleh digabungkan dalam satu sijil peperiksaan sahaja melalui perkhidmatan patching sijil peperiksaan SPM.

“Calon yang telah memperoleh sijil SPM kali pertama mulai tahun 2009 layak untuk memohon perkhidmatan ini. Dengan cara ini, calon masih berpeluang untuk mendapatkan sijil SPM atau memperbaiki keputusan mereka,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negara, Datuk Mohd Ridhwan Ali mengenai jumlah pelajar yang tidak layak mendapat sijil termasuk yang tidak menduduki peperiksaan atau gagal dalam peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021 serta apakah tawaran atau peluang yang diberikan oleh Kerajaan terhadap mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat