Jabatan Imigresen Sedia Beri Kerjasama Siasatan Pegawai Diherdik

- Advertisement -

SEPANG – Jabatan Imigresen (JIM) akan memberikan kerjasama penuh kepada Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan insiden membabitkan seorang pegawai tinggi kerajaan dan pegawai JIM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Rabu lalu.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, bagaimanapun pihaknya enggan mengulas lanjut mengenai kejadian berkenaan.

“Saya tidak boleh beri komen kerana jawatankuasa siasatan khas sudah ditubuhkan, JIM akan beri kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa yang ditubuhkan ini.

“Itu sahaja yang saya boleh beritahu,” katanya ketika ditanya sama ada beliau ada bersama dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan bersama beberapa pihak berkepentingan dalam sektor pelancongan, di KLIA, hari ini.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun mengetuai Jawatankuasa Siasatan berkenaan.

Selain Idrus, jawatankuasa itu juga dianggotai Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani; Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Media sebelum ini melaporkan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai kanan Imigresen di KLIA.

Insiden itu menyebabkan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) mengeluarkan kenyataan mengutuk kejadian itu sebelum Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertindak serupa dan menafikan tuduhan Mohd Shafiq mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai terbabit.

Kenyataan JPA itu antara lain menjelaskan, Mohd Shafiq hanya membuat teguran terhadap imigresen khususnya Ketua Penolong Penguasa Imigresen, James Lee berhubung ketidakpatuhan amalan dan prosedur. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat