Sidang Akhbar Mahathir Dipenuhi Dengan Kecaman Netizen

- Advertisement -

Cyberjaya – Sidang akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penubuhan parti baharunya pada Jumaat, dipenuhi dengan kecaman netizen.

Tinjauan SuaraTV di ruangan komen mendapati, sidang media yang disiarkan secara langsung oleh BernamaTV itu sarat dengan kritikan yang menyifatkan tindakan Mahathir sebagai pemecah belah bangsa Melayu.

“Tujuan tubuh parti bukan nak menjaga kepentingan atau membantu rakyat, cuma nak jatuhkan DSNR patutlah parti cepat terkubur niat tak betul,” kata Sham Penyalang.

“Satu jari telunjuk selalu tunjuk salah orang dan yang 4 hari lagi berbalik kepada diri sendiri. Tuduh orang itu dan ini rupa-rupanya diri sendiri pun macam tu. Atok bercakap macam tepuk dulang air terpecik ke muka sendiri,” bidas Nazyha Aqeela pula.

“Melayu yang masih bersengkokol dengan beliau ni Melayu yang tiada maruah. Apabila memerlukan disanjung dan bila tak diperlukan dikutuk. Inilah kaki memecah bangsa Melayu. Ingatlah Melayu,” bidas Abdul Rafar.

Malah ada yang berpendapat penubuhan parti baharu ini hanyalah bertujuan untuk memastikan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir di lantik sebagai perdana menteri.

Sehingga laporan ini ditulis, video berdurasi 11 minit 53 saat tersebut telah di tonton hampir 71 ribu pengguna media sosial.

Populariti Mahathir Semakin Merudum

Sokongan dan persepsi masyarakat yang diterima Mahathir ketika ini jelas berbeza, berbanding sebelum pilihanraya ke-14 yang lalu.

Ketika itu masyarakat terutamanya generasi muda dilihat begitu menyokong dan menghormatinya.

Namun sokongan itu jelas berubah apabila pengguna media sosial dilihat semakin berani membidas dan mengkritik semua kenyataannya.

Terdahulu penganalisa politik, Prof Dr Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata sokongan terhadap bekas perdana menteri itu menurun sejak beliau mentadbir kerajaan Pakatan Harapan (PH) lagi, atas faktor prestasi menteri di bawahnya.

“Apabila beliau letak jawatan perdana menteri, populariti Mahathir semakin merundum dan ditambah persengketaan terbuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya melihat pengaruh Mahathir terhadap pengundi Melayu bukan sahaja di luar bandar tapi di bandar juga berada dalam tahap yang agak minimum,” katanya.

Sementara itu Prof Dr Rusdi Omar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata kaum Melayu memandang tinggi terhadap Mahathir sebelum ini, sehinggalah beliau menyatakan hasratnya untuk menjadi perdana menteri buat kali ketiga.

‘Bila PKR tolak, politik Dr M sampai ke penghujung’

“Tahap populariti Tun M semakin berkurangan berbanding sebelum ini. Tak sepatutnya beliau menggunakan sentimen Melayu-Cina bagi meraihkan popularitinya kembali,” katanya yang merujuk kepada temubual Mahathir dengan Asian Times.

Dalam temubual tersebut, Mahathir menjelaskan tentang jurang kekayaan antara dua kaum itu di Malaysia dan mendakwa masyarakat Cina telah menjadi sangat kaya dan boleh dikatakan “memiliki semua bandar di Malaysia.”

“Sebelum ini orang Melayu hormat beliau tetapi bila beliau masih bercita-cita mahu jadi perdana menteri untuk kali ketiga macam ada ‘something wrong’ (ada yang tak kena) dengan tindakan beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat