PDRM Naikkan Elaun Pegawai Berpangkat Rendah

Penjara Sungai Udang Jadi Hospital Sementara Banduan Positif Covid-19

MELAKA - Sebuah hospital sementara akan dibuka di Penjara Sungai Udang di sini, sebagai persediaan sekiranya berlaku peningkatan kes positif koronavirus (Covid-19) dalam kalangan...

1,000 Pesakit Covid Pulih Hari Ini, 659 Kes Baru Direkodkan – KKM

PUTRAJAYA - Malaysia mencatatkan sebanyak 1,000 kes pulih sepenuhnya COVID-19 pada 31 Oktober menjadikan ia jumlah terbesar sejak pandemik ini melanda negara. Menurut Ketua Pengarah...

Muhyiddin Jangan Persoal Keputusan Agong, Kata Supol Kit Siang

KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang membidas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan sebagai cuba mempersoalkan titah Yang di-Pertuan...

Ekonomi Tempatan Dapat Impak Positif Jika Rakyat Dibenar Guna KWSP – Najib

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memilih melaksanakan pengeluaran caruman dari Akaun 1 secara one-off atau ansuran dalam tempoh tiga hingga...

PM dikecam, enggan pertimbang pengeluaran KWSP

Kuala Lumpur - Laman Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin dihujani ribuan kecaman netizen yang marah dengan keputusan Perdana Menteri enggan menimbangkan cadangan pengeluaran caruman...

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menaikkan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada 70 pegawai rendah polis yang dikenal pasti, untuk menjadi detektif Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman.

Pengarah JIPS Datuk Zamri Yahya berkata, perkara berkenaan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Pengurusan PDRM, untuk dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Perkara ini (pemberian elaun), Ketua Polis Negara (Tan Sri Abdul Hamid Bador) telah bersetuju dan PDRM sedang menunggu keputusan KDN dan JPA, sebelum meluluskannya.

“Selain itu, pemberian elaun sebulan RM300 kepada pegawai rendah polis ini adalah sebagai insentif motivasi, kerana mereka perlu menyiasat banyak kes JIPS,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri program Sinar Aidiladha Bank Rakyat di Masjid Bukit Aman, di sini.

Zamri berkata, walaupun mereka ini belum menerima elaun berkenaan, tetapi kerja-kerja penyiasatan kes JIPS diteruskan seperti biasa.

“Sebelum mereka ini dinaik taraf sebagai detektif, mereka perlu menjalani latihan dan kursus peralihan detektif selama tiga bulan,” katanya.

Pada 13 Julai lepas, Bernama melaporkan 70 pegawai rendah polis daripada JIPS Bukit Aman, akan dinaik taraf menjadi detektif untuk membolehkan mereka menyiasat pegawai dan anggota polis yang terlibat salah laku.

Elaun siasatan itu diberikan sebagai motivasi, kerana kerja mereka adalah untuk menyiasat mana-mana anggota atau pegawai polis, yang melakukan salah laku.

Terdahulu, dalam program itu, Bank Rakyat telah meraikan 1,830 petugas barisan hadapan dan golongan asnaf, menerusi pengagihan daging korban sempena sambutan Aidiladha dalam norma baharu.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Yang Di-Pertuan Agong Tolak Cadangan Darurat

Kuala Lumpur – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk...

Pentingnya Peranan Raja Lindungi Negara Dari Orang Tamak, Gila Kuasa – TMJ

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor berharap kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara serta melindungi daripada ancaman orang-orang yang tamak dan menggilai kuasa...

Berita Berkaitan