Pelupusan hutang peneroka FELDA, saya tidak berbohong – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan hutang pelupusan peneroka FELDA telah dilaksanakan ketika pentadbirannya.

Tegasnya, beliau bukan jenis manusia yang suka berbohong dan tidak mengotakan janji. Yang suka berbohong dan tidak menunaikan janji ialah Anwar Ibrahim.

Beliau mengulas ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuduhnya tidak melaksanakan pelupusan hutang peneroka FELDA di Majlis Sambutan Hari Peneroka FELDA 2023, di MAEPS, Serdang, pada Jumaat.

“Anwar tidak layak kekal sebagai Perdana Menteri,

“Anwar Ibrahim menuduh saya tidak melaksanakan pelupusan hutang peneroka FELDA. Ini satu pembohongan besar.

“Pelupusan hutang peneroka FELDA telah pun dilaksanakan ketika saya menjadi Perdana Menteri. Hal ini disahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan di Parlimen pada 23 Februari 2023 di mana pelupusan hutang peneroka FELDA telah dilaksanakan pada tahun 2021. Namun, oleh kerana kekangan aliran tunai FELDA, kerajaan PH-BN tidak dapat melaksanakan pelupusan hutang peneroka secara berterusan.” Jelas Muhyiddin dalam kenyataan Facebooknya, pada Sabtu.

Tambah Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, susulan itu, mantan Pengerusi FELDA, Tan Sri Idris Jusoh juga telah membuat kenyataan pada 24 Februari 2023 bahawa pelupusan hutang peneroka FELDA berjumlah RM8.3 billion telah selesai dilaksanakan pada tahun 2021.

“Saya bukan jenis manusia yang suka berbohong dan tidak mengotakan janji. Yang suka berbohong dan tidak menunaikan janji ialah Anwar Ibrahim.

“Dengan pembohongan yang terbaharu ini, semakin jelas Anwar Ibrahim bukanlah seorang yang layak untuk kekal menjadi Perdana Menteri.” Ujar Muhyiddin.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya membuat pengumuman pelupusan hutang berjumlah RM8.3 bilion tersebut.

“Mereka (kerajaan PN) berdegar-degar mereka berbicara hendak jaga orang Melayu dan Islam tetapi hutang pun tidak dilupus hingga Kerajaan Perpaduan ambil alih.

“Ya memang (kerajaan PN) umumkan, saya tengok fail, kenal pasti berapa jumlah hutang iaitu sebanyak RM8.3 bilion tetapi kelulusan tiada walaupun sudah umum.

“Selama 33 bulan kamu (kerajaan PN) buat apa? Kenapa tidak selesaikan masalah hutang Felda, kami di pentas ini yang tolong selesaikan walaupun baru tujuh bulan (perintah),” katanya.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat