Jumpa di PRK, PN beritahu UMNO

- Advertisement -

KOTA BHARU – Perikatan Nasional (PN) dan Pas tidak akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang membatalkan kemenangan calon parti tersebut dalam Pilihan Raya Umum ke 15 bagi Parlimen Kuala Terengganu yang lalu.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Perikatan Nasional (PN) tidak akan membuat petisyen bagi mempertikaikan keputusan pilihan raya walaupun jumlah undi membabitkan parti yang mewakili kerajaan tidak begitu besar.

“Kes Kuala Terengganu kita tidak akan merayu, kita sedia menghadapi pilihan raya sekali lagi. Kita kalau nak pertikaian keputusan boleh sangat, Presiden Umno pun menang 300 undi kita tidak buat petisyen pun, sedangkan di Kuala Terengganu kita menang lebih 30,000 mereka masih tidak puas hati lagi,” katanya seperti dilaporkan oleh Harakahdaily.

Beliau berkata demikian pada majlis Dialog Isu Semasa anjuran PAS Kota Bharu yang diadakan di Kota Bharu Trade Center (KTC) malam tadi.

Bulan lepas Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Terengganu membatalkan kemenangan Ahli Parlimen PAS Ahmad Amzad Hashim di Kuala Terengganu pada PRU15. Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Firuz Jaffril hari ini membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan calon BN di kerusi Parlimen itu, Mohd Zubir Embong.

Pada 3 Januari, BN memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan pilihan raya PRU15 di kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Marang, and Kemaman, mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said kemudian dilaporkan berkata, antara isu yang dibangkitkan dalam petisyen adalah dakwaan yang PAS menyogok pengundi menerusi bantuan kewangan daripada kerajaan negeri – dengan program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa – antara 15 hingga 17 November tahun lalu, iaitu beberapa hari sebelum hari mengundi.

Sumber dalam PN memberitahu mereka muak dengan permainan parti pemerintah dan akan membiarkan pengundi menentukan semula kedudukan mana-mana ahli Parlimen mereka yang dilucutkan kemenangan oleh Mahkamah Pilihan Raya.

“kami tidak akan membuang masa mahkamah dan menambah kos guaman dalam proses rayuan. Elok kita buat PRK bagi memuaskan hati UMNO, dan biar rakyat tentukan.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat