Isu 3R: Pemuda UMNO gesa PDRM siasat kenyataan Guan Eng

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa Polis segera menyiasat kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkaitan isu 3R.

Tegas ketuanya, Dr Akmal Saleh, isu larangan  3R iaitu “religion,race,royal” bukan hanya kepada pembangkang, tetapi juga kepada pihak kerajaan.

“Bila kita minta jangan mainkan isu 3R iaitu “religion,race,royal” bukan hanya kepada pembangkang,tetapi juga kepada pihak kerajaan

“Maka tuduhan seperti ini sangat sangat tidak diperlukan oleh rakyat Malaysia.” Katanya menerusi kenyataan Facebooknya, pada Sabtu.

Dr Akmal yang juga Adun Merlimau berkata, rakyat Malaysia mahukan politik yang progresif dan matang.

“Kita berbahas dengan idea bukan dengan sentimen yang memecahkan sesama kita

” Islam tidak pernah mengajar untuk umatnya menindas agama lain dan itu adalah fakta!

“Saya mohon kenyataan ini disiasat oleh pihak polis supaya kita memberi amaran yang keras jangan sesekali mempermainkan isu 3R tidak kira dari parti mana mereka datang.” Ujarnya.

Terdahulu, Pengerusi DAP Lim Guan Eng memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat “gelombang hijau” daripada bertapak di negeri itu, sambil mendakwa ia akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan, lapor China Press.

Akhbar berbahasa Cina itu memetik bekas ketua menteri Pulau Pinang itu sebagai berkata, jika “gelombang hijau tidak senang dengan tokong yang mereka lihat, mereka akan memusnahkannya”.

“Tetapi selagi Pulau Pinang masih kekal sama, rakyat masih boleh bersembahyang kepada dewa dan Buddha,” kata Lim ketika menghadiri sebuah acara keagamaan sempena Jelajah Raja Naga Putih Tian Fu Gong di Jelutong semalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat