Tok Mat perjelas konflik selepas wawancara Asia Times

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini tampil memperjelas konflik yang tercetus selepas wawancara Asia Times.

Mohamad menegaskan konteks keseluruhan temu bual tersebut ialah penegasan beliau bahawa setiap orang yang dituduh berhak menerima penghakiman yang adil tanpa sebarang konflik kepentingan serta pengampunan di bawah undang-undang Malaysia hanya akan diberi selepas seorang tertuduh telah mula menjalankan hukuman.

“Saya ingin membuat penegasan bahawa wawancara saya dengan Asia Times yang berpengkalan di Hong Kong baru baru ini mesti dilihat dalam konteks keseluruhan atau ‘in totality’ dan bukan secara ‘piecemeal’ dan terpisah-pisah sehingga ianya memberi gambaran yang tidak tepat.

“Sangatlah penting untuk saya menegaskan bahawa konteks keseluruhan temu bual tersebut ialah penegasan saya bahawa setiap orang yang dituduh berhak menerima penghakiman yang adil tanpa sebarang konflik kepentingan.

“Manakala pengampunan di bawah undang-undang Malaysia hanya akan diberi selepas seorang tertuduh telah mula menjalankan hukuman,” jelas beliau dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Mohamad, segala yang di luar konteks tersebut hanya memberi gambaran negatif kepada Datuk Seri Najib Razak dan diri beliau sendiri serta dijadikan bahan propaganda musuh politik UMNO.

“Saya tidak lagi berhasrat untuk mengulas perkara ini dan keseluruhan fokus saya ialah menyediakan parti untuk menghadapi PRU ke 15,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat