KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, dilaporkan ditembak di dada ketika sedang berucap di bandar Nara, barat Jepun, pada Jumaat.

Menurut laporan beberapa agensi berita antarabangsa, Abe rebah dalam keadaan berdarah dan dikejarkan ke hospital berhampiran.

Stesen penyiaran NHK melaporkan, kedengaran bunyi seperti tembakan ketika kejadian dan seorang suspek lelaki telah ditahan di lokasi sama.

NHK melaporkan, Abe terus jatuh dan tidak sedarkan diri.