Agensi Pelancongan Minta Maaf, Janji Pulangkan Wang Jemaah Haji

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas 12 jam kisah hampir 400 bakal jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis, individu yang juga wakil syarikat agensi pelancongan yang terlibat tampil memohon maaf.

Menerusi perbualan di aplikasi Whatsapp bersama Astro AWANI, individu terbabit memohon maaf atas kejadian yang menimpa kumpulan bakal jemaah haji itu semalam.

“Jutaan maaf dari kami pihak UC Travel. Kami sudah sedaya upaya berusaha untuk terbangkan jemaah, tetapi kami tidak berjaya.

“Maka pihak kami akan membuat pemulangan wang kepada jemaah yang terlibat. Saya juga terkesan bila orang panggil kami scammer. Hakikatnya, kami di UC Travel sangat berusaha untuk terbangkan jemaah,” jelasnya secara ringkas.

Mengulas lanjut, ujarnya, sebarang kenyataan akan dikeluarkan selepas berbincang bersama peguamnya terdahulu.

“Saya akan bincang dengan peguam saya dahulu. Kerana bukan kami sahaja yang gagal, ramai lagi agensi pelancongan gagal.

“Tetapi kami terkedepan kerana kami bawa jemaah ke lapangan terbang, kami memang mencuba sedaya upaya.

“Untuk ketika ini, semua group UC Travel sedang menjawab semua (persoalan) berkaitan jemaah kami,” katanya lagi.

Tambahnya, satu sidang media akan dijalankan minggu hadapan bagi memberi penjelasan mengenai kejadian menimpa hampir 400 bakal jemaah haji itu.

Semalam, hampir 400 bakal jemaah haji terkandas di KLIA selepas tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi bagi mengerjakan rukum Islam kelima itu.

Sehingga kini, 17 laporan polis telah dibuat bakal jemaah Haji yang terkandas di sekitar Lembah Klang.

Pada masa sama, siasatan dijalankan pihak polis dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Turut menjalankan siasatan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dibawah Seksyen 8 (1) (d) Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat