“Silap satu undi, bunuh satu generasi” – Puteri Umno

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Puteri Umno perlu menjadi “game changer” bukan sahaja untuk parti, bahkan kepada wanita muda dan negara.

Ketua Puteri Umno, Datuk Nurul Amal Mohamad Fauzi berkata,inti pati besar yang menjadi tumpuan sayap Puteri Umno ialah pemerkasaan ekonomi wanita muda secara lebih menyeluruh.

“Jika kita mampu perkasakan ekonomi wanita muda, percayalah, kita juga secara tidak langsung memperkasakan generasi.

“Ada 3 ‘take away’ penting buat rakan-rakan Puteri sebagai persiapan kita menghadapi PRN. Ingat, ingin saya memetik kata-kata bekas Presidan Amerika Syarikat ke-16 ‘kertas undi lebih kuat daripada sebutir peluru. Kerana, sebutir peluru cuma membunuh seorang manusia.
“Tetapi, satu undi yang silap, membunuh satu generasi,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Puteri Umno di WTCKL pada Khamis.

Selain itu, Nurul Amal juga menyeru agar Puteri Umno menganjurkan program-program yang boleh menarik pengundi 18 tahun bersama sayap itu.

“Pastikan program tersebut menepati cita rasa anak muda . Jadi lebih kreatif dalam menarik undi anak muda untuk kembali mengundi
kita.

“Sebagai persiapan menghadapi PRN, kepimpinan Puteri pusat, negeri, dan bahagian perlu berkolaborasi untuk mempersiapkan ahli-ahli
Puteri dalam pendigitalan gerak kerja. Langkah ini penting dalam transformasi gerak kerja Puteri bersesuaian dengan revolusi industri IR4.0.

“Kita akan mengadakan retreat Pergerakan Puteri Umno ini bagi memastikan tekad Wahdatul Fikr dan Wahdatul Amal dalam kalangan kita terus mekar. Jadi, kita minta semua Puteri untuk bersedia, dipanggil bila-bila masa,” seru beliau.

Tambah beliau lagi, berbalik semula kepada asas Perpaduan, yang menjadi landasan berpolitik kita pada hari ini.

“Kerana perpaduan, kita dapat menstabilkan pergolakan politik negara. Kerana perpaduan, rakyat masih lagi harmoni hingga ke saat ini.

“Kerana perpaduan yang kita tunjukkan, kita adalah sebahagian daripada kerajaan. Kekalkan perpaduan ini demi keharmonian. Perpaduan ini adalah kematangan dan kesungguhan kita untuk kebaikan rakyat, dan bukan kepentingan politik semata-mata,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat