Anak Najib harap Umno tak lupa perjuangkan Pengampunan Diraja bapanya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib berharap momentum perjuangan Umno terhadap Pengampunan Diraja ke atas bapanya Datuk Seri Najib Razak tidak menjadi perlahan apatah lagi dihentikan

Beliau yang juga ADUN Peramu Jaya berkata, perkara itu merupakan harapan keluarganya selain berharap agar pembelaan berkenaan dilipat gandakan.

“Kita yakin beliau tak bersalah dan dianaya serta segala usaha tidak akan dihenti untuk membela beliau. Saya berterima kasih kepada pemimpin Umno yang telah melakukan usaha menyuarakan dan membuat gerakan supaya beliau (Najib) dapat pembelaan secukupnya.

“Namun saya berharap momentum itu tidak akan terhenti ataupun menjadi perlahan. Malah dilipat gandakan agar (beliau) dapat dibebaskan dalam masa terdekat. Itu merupakan harapan daripada keluarga,” katanya ketika ditemui media di Laman Media WTCKL pada Khamis.

Terdahulu, Najib menerima Anugerah Tokoh Pemuda 2023 semasa perhimpunan sayap Pemuda Umno yang berlangsung pada hari ini.

Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh kepada Nizar.

Mengulas lanjut, Nizar turut menitipkan pesan Najib kepada penyokong dan ahli parti itu agar sentiasa setia, menghormati dan menjaga Umno.

“Tapi ada juga penyokong yang risau dengan keadaan ayahanda yang masih menjalani hukuman di Kajang, adakah beliau akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.

“Saya minta mereka (penyokong) supaya bersabar. Usaha sedang dijalankan dan jangan berputus asa. Saya berdoa dan rendah diri berharap Umno dapat meneruskan segala usaha untuk membebaskan serta memperjuangkan ayahanda saya,” katanya.

April lalu, Umno menyerahkan sepenuhnya isu pengampunan Najib kepada budi bicara Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ia sebagaimana kuasa diperuntukkan mengikut Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Saya rasa dalam perkara ini apa-apa bab pengampunan itu kuasa Yang Dipertuan Agong di bawah Perkara 42 (Perlembagaan Persekutuan).

“Sekarang ini, prosedur perundangan dah tidak ada cuma ‘court of compassion’ maknanya budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi kita pun tidak boleh paksa-paksa, biarlah Agong buat keputusan kalau baginda nak mengkaji, kami (Umno) dah tidak terlibat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat