Jadi MB Selangor, Zafrul akur jika itu keputusan parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sedia menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya pucuk pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) menginginkan beliau mengisi posisi berkenaan.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengakui beliau seorang ‘party man’ dan terbuka menerima sebarang keputusan yang bakal diputuskan parti.

“Cadangan saya jadi Menteri Besar Selangor itu pendapat peribadi Khairy Jamaluddin Abu Bakar tapi kuasa untuk menjadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) dan juga pelantikan sebagai Menteri Besar Selangor itu akan diputuskan oleh pucuk pimpinan Umno-BN.

“Hanya parti yang akan tentukan sesiapa untuk dicalonkan, itu cuma pendapat Khairy.

“Saya secara peribadi, terpulanglah apa-apa keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan Umno-BN, saya akur,” katanya ketika ditemui media di Laman Media sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 di WTCKL pada Khamis.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Raja mengakui masih tidak pasti desas-desus kononnya beliau akan bertanding di DUN Sungai Kandis pada PRN Selangor nanti.

“Saya tak tahu sama ada saya bertanding ke tidak kerana ini terpulang kepada pucuk pimpinan parti saya, apa-apa keputusan yang saya akan akur.

“Berkenaan tanding Sungai Kandis, apa-apa keputusan dibuat tanding ke tak bertanding ke apa-apa keputusan semua saya serahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan kita lah.

“… kalau suruh bertanding, kita bertanding, tak suruh bertanding pun tak apa yang penting ialah saya ‘party man’, saya akan akur kepada keputusan parti.

“Walaupun pindah dari Kabinet ke negeri, apa-apa juga saya akur kepada keputusan. Tapi sekarang tidak ada sebarang keputusan yang telah dimaklumkan kepada saya, kita tunggulah,” ujar Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu lagi.

Sebelum ini, bekas Menteri Kesihatan, Khairy memetik nama Tengku Zafrul untuk diangkat sebagai Menteri Besar yang baharu jika pakatan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menang di Selangor.

Bekas Menteri Kesihatan itu malah mengemukakan saran agar pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan membuat pertukaran terus antara kedudukan Tengku Zafrul dan Datuk Seri Amirudin Shari.

“Saya rasa Zafrul patut tanding PRN dan jika BN-PH menang walaupun BN hanya menang satu kerusi sahaja iaitu kerusi yang ditandingi Zafrul, saya rasa dia patut jadi Menteri Besar Selangor.

“Jika BN-PH menang Zafrul patut jadi Menteri Besar Selangor dan saya rasa Amirudin patut jadi Menteri Kabinet (straight swap). Lagipun Amirudin adalah Ahli Parlimen Gombak merangkap Naib Presiden PKR,” cadang Khairy.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat