Kini giliran Annuar Musa malukan DAP, hadiah laptop kepada pelajar Bukit Mertajam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Terpanggil dengan kesulitan seorang pelajar di Bukit Mertajam Pulau Pinang yang sudah beberapa hari tidak menyertai kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kerana tidak mempunyai laptop membuka hati, Tan Sri Annuar Musa ‘menghadiahkan’ seunit alat peranti komputer.

Menteri Wilayah Persekutuan itu menyaksikan live Facebook akaun Muhsin Latheef yang mesra disapa mamu, dalam video berkenaan dia menceritakan dalam keadaan sebak dan menangis apabila seorang pelajar menghubunginya memaklumkan kesulitan yang dihadapinya untuk menyiapkan kerja sekolah dalam tempoh PdPR tanpa alat peranti komputer.

“Ada budak dia mesej mamu di Whatsapp dia kata mamu…saya dah banyak hari tak masuk kelas PdPR mamu, saya kena tunggu bapak saya balik baru saya boleh buat kerja sekolah.

“Saya tak ada laptop, mamu kata mamu bukan YB, nak bantu semua orang mamu tak mampu, mamu kata paling pandai pun mamu boleh buat live mamu trylah mintak mana-mana atau sesiapa yang boleh tolong bagi komputer ka tablet kat adik.

“… lain mamu tak pandai, mamu bukan orang kaya, kita pun ada anak kita tau macam mana perasaan dia, dengan PKP macam ni mana nak cari kawan-kawan,” jelas Muhsin dalam video live berkenaan.

Annuar dalam satu hantaran di Facebook berkata merujuk kepada video live Muhsin berkenaan, beliau menawarkan diri untuk membantu pelajar -pelajar tersebut yang tidak dapat masuk ke kelas online kerana tidak mempunyai alat peranti komputer.

“Saya telah menghubungi wakil saya, sukarelawan Permai di Pulau Pinang menerusi Yayasan Permai untuk mendapatkan nama dan alamat rumah pelajar-pelajar tersebut.
Komputer berkenaan akan diserahkan segera kepada pelajar tersebut.

“Utamakan pelajaran anak kita tanpa mengira bangsa.

“Salam hormat dari KHADAM (Khidmat Amal Dan Aktiviti Masyarakat),Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ketereh, Kelantan.

“Terima kasih Mamu jugak…teruskan perjuangan!,” catat Annuar.

Sebelum ini, pada 3 Jun lalu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim menerusi bantuan di lapangan oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH) Kelantan menghulurkan sumbangan komputer riba dan tablet kepada empat pelajar di Ketereh, Kelantan, yang dilaporkan mengalami kesukaran mengikuti PdPR kerana ketiadaan peranti dan capaian internet.

Memetik Malaysiakini, sumbangan laptop pertama diterima Anis Natasha Junoh, 17, daripada Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.

Sumbangan itu diusahakan Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan, yang meminta Sim membantu pelajar tersebut.

Menurut Hazmi, pihaknya diwakili bekas ketua Pemuda Amanah Ketereh, Asri Mohd Zain menyampaikan peranti tersebut kepada Anis Natasha.

“Alhamdulillah dengan bantuan ahli Parlimen Bukit Mertajam kita dapat membantu pelajar ini untuk kemudahannya menghadapi sesi PdPR selepas sesi persekolahan kembali dibuka dan kegunaan di masa akan datang,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu, dilaporkan Anis Natasha dan tiga pelajar lain amat memerlukan kemudahan peranti dan capaian internet untuk mengikuti PdPR. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat