Menteri KDN akan jumpa wakil AS esok, rungkai dakwaan salur dana kepada Hamas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Dalam Negeri (KDN) akan bertemu Setiausaha Perbendaharaan bagi Keganasan dan Perisikan Kewangan Amerika Syarikat (AS), Brian Nelson, esok.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau akan berjumpa dengan Nelson bagi mendengar sendiri perkara yang ingin disampaikan.

“(Saya) akan berjumpa dengan Nelson pagi esok bagi mendengar apa juga perkara yang ingin disampaikan.

“Saya juga akan memberikan penjelasan dan pendirian rasmi kerajaan tentang perkara yang dibangkitkan,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani kontrak bersempena dengan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Antarabangsa (NATSEC) Asia 2024 pada Rabu

Pegawai tertinggi sekatan Jabatan Perbendaharaan AS mengadakan kunjungan ke Malaysia dalam usaha menyekat saluran dana kepada Iran dan proksinya, selain pengelakan sekatan terhadap Russia.

Ada dakwaan peningkatan dalam wang yang dipindahkan ke Iran dan proksinya, termasuk Hamas, melalui sistem kewangan di Malaysia.

Nelson dijangka membincangkan kebimbangan AS dan risiko sekatan yang ditimbulkan oleh kegiatan sedemikian.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kementerian atau agensi berkaitan sedia mengadakan libat urus dengan wakil dari Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan wujud aliran dana ke Iran dan proksinya, Hamas melalui sistem kewangan Malaysia.

Kata beliau, isu terbabit ada dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan perbincangan mengenainya masih berjalan.

“Isu ini sudah semestinya mendapat perhatian Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan juga Kabinet. Kami memandangnya dengan serius, namun disebabkan perbincangan mengenai perkara itu masih berjalan, saya tak mahu komen (lebih) mendalam.

“Kerajaan (melalui) kementerian dan agensi berkaitan, bersedia mengadakan libat urus dengan rakan sejawat dari AS dan untuk memahami apa kebimbangan sebenar mereka,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat