KDN tandatangan 14 kontrak perolehan aset keselamatan RM2.1 bilion

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menandatangani 14 kontrak dalam perolehan aset-aset keselamatan RM2.1 bilion sempena Pameran Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) Asia 2024.

Menurut kenyataan KDN, antara kontrak-kontrak berimpak tinggi yang ditandatangani pada hari ini adalah Perolehan Kapal Pengangkut Kelas Policetransport Vessel Pelbagai Kegunaan Sebagai Pengangkut Barang, Kapal Induk (Mother Ship) dan Latihan bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Perolehan 4 buah Helikopter Medium Lift bagi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Agensi PDRM menandatangani 12 kontrak, APMM satu kontrak manakala Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga satu kontrak,” kata KDN.

Majlis menandatangani kontrak KDN ini juga merupakan simbolik dalam usaha kerajaan untuk memastikan keselamatan negara terpelihara daripada segala ancaman dengan mengutamakan perolehan aset-aset strategik.

Di samping mendukung tema Pameran DSA 2024 dan NATSEC Asia 2024 iaitu “Membina Ketahanan Negara Untuk Generasi Masa Hadapan”.

Majlis menandatangani kontrak KDN ini disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Dr. Abdul Gapar Abu Bakar; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias dan Timbalan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan Ibrahim.

Kontrak KDN berkenaan telah ditandatangani oleh Ketua Setiausaha, Datuk Ruji Ubi bersama-sama wakil daripada syarikat tempatan.

“KDN sentiasa komited dalam meletakkan aspek keselamatan nasional serta keperluan pihak Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian sebagai agenda utama, khususnya dalam perancangan perolehan bagi memastikan aset-aset keselamatan Negara serta pengoperasian Jabatan dan Agensi di bawahnya berada dalam mod kesiapsiagaan yang tinggi.

“Semoga dengan usaha ini KDN akan kekal komited memastikan keselamatan negara terpelihara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat