Kondisi Speaker Dewan Negara masih serius, tak banyak perubahan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan Speaker Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal serius.

Keadaan semasa ini dikongsia Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Gerawat Gala.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh keluarga Mutang, yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

“Saya baru menerima maklumat keadaan kesihatan (Mutang) masih serius, tidak banyak perubahan selepas beliau pulang ke Kuala Lumpur dari Azerbaijan.

“Kita doakan beliau cepat sembuh,” katanya menurut The Borneo Post.

Gerawat berkata, masalah jantung dihidapi Mutang mengejutkannya, kerana selama ini menganggap beliau sangat cergas dan sihat.

“Malah, kami selalu main golf bersama,” katanya.

Semalam, pejabat speaker Dewan Negara menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat palsu mengenai keadaan kesihatan Mutang.

Mutang mengetuai delegasi Malaysia ke Azerbaijan untuk Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya ke-6, yang berlangsung dari 1 hingga 3 Mei di Baku.

Bagaimanapun, beliau jatuh sakit dan dirawat di sana sebelum pulang ke Malaysia pada 6 Mei untuk menerima rawatan lanjut. Beliau dimasukkan ke IJN sebaik tiba di Kuala Lumpur.

Mengambil alih tugas Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Mutang dilantik sebagai speaker Dewan Negara pada 19 Feb, Bumiputera Sarawak pertama memegang jawatan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat