Kuala Langat Daerah Pertama Di Selangor Jadi Zon Hijau Covid-19

- Advertisement -

PETALING JAYA – Kuala Langat menjadi daerah pertama di Selangor yang diisytiharkan zon hijau Covid-19 kerana tiada kes aktif, menurut infografik Kementerian Kesihatan.

Daerah itu sebelum ini merekodkan 4 kes aktif Covid-19.

Kini, terdapat 111 daerah di seluruh negara yang dikategorikan zon hijau kerana tiada kes aktif.

Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Kelantan dikategorikan negeri zon hijau kerana tiada daerah yang mempunyai kes aktif.

Sesebuah daerah diisytiharkan zon merah apabila ia mencatatkan lebih 40 kes aktif.

Daerah yang diklasifikasikan zon merah di seluruh negara ialah:

  • Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor)
  • Batu, Ibu Kota, Kampung Baru dan Sri Petaling (Kuala Lumpur)
  • Kluang (Johor)
  • Kuching dan Kota Samarahan (Sarawak)

Sebanyak 107 kematian dan 6,467 kes positif Covid-19 direkodkan di seluruh negara setakat ini. Seramai 4,776 pesakit sudah pulih, manakala 1,584 masih menerima rawatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat