Pendekatan Malaysia Urus Isu Covid-19 Atasi Singapura dan Indonesia – Laporan

- Advertisement -

PETALING JAYA – Satu tinjauan terbaru mengenai sentimen rakyat berhubung tindak balas kerajaan terhadap krisis Covid-19 menempatkan Malaysia di tangga ke-4, mendahului negara jiran Indonesia dan Singapura.

Tinjauan itu, yang dikendalikan bersama oleh agensi penyelidikan sosial terkemuka Singapura, Blackbox Research dan pakar panel atas talian antarabangsa, Toluna, menyaksikan China mengungguli tempat teratas dengan skor indeks 85, diikuti Vietnam dengan 77 mata.

India dan Emiriah Arab Bersatu terikat di tempat ke-3 dengan 59 mata.

Malaysia memperoleh 58 mata, sementara Indonesia dan Singapura terikat di tempat ke-7 dengan 48 mata.

Tinjauan itu menilai tindak balas kerajaan berdasarkan 4 petunjuk prestasi utama: kepemimpinan politik nasional, kepemimpinan korporat, masyarakat, dan media.

Ia mendapati responden di 23 negara tidak berpuas hati dengan tindak balas kerajaan mereka terhadap pandemik terbabit, dengan prestasi kerajaan di negara Barat lebih buruk berbanding rakan sejawat mereka di Timur.

Amerika Syarikat (AS), Australia dan keempat-empat negara Eropah Barat, iaitu Itali, Jerman, Perancis dan United Kingdom (UK), semuanya dinilai di bawah penilaian purata global, dengan Perancis mencatat mata terendah di rantau itu dan kedua terendah di dunia dengan 26 mata.

Ketua pegawai eksekutif agensi hartanah IQI Global Kashif Ansari berkata, tidak mengejutkan apabila rakyat beranggapan negara ini memberikan respons baik terhadap Covid-19, selain menambah Malaysia turut memiliki kemudahan perubatan bertaraf dunia.

Beliau juga berkata Putrajaya mengambil “tindakan tegas namun tetap berempati” untuk melindungi rakyat.

“Mereka meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di atas keuntungan ekonomi jangka pendek. Kesan daripada langkah itu, angka jangkitan Malaysia lebih rendah dan dilihat mampu keluar daripada sekatan pergerakan lebih cepat berbanding banyak negara lain.”

Beliau berkata ketika pembeli hartanah dari China dan bahagian lain di Asia meninjau keadaan, mereka akan mendapati AS dan UK masih menghadapi kesukaran menangani pandemik tersebut.

Sebaliknya kata Kashif, di Malaysia kesan sekatan pergerakannya memperlihatkan kehilangan nyawa yang sangat sedikit. Beliau menambah 105 negara lain mempunyai lebih banyak kematian Covid-19 per juta penduduk berbanding Malaysia.

“Di Asia Tenggara, Malaysia dilihat sebagai tempat perlindungan yang selamat daripada Covid-19.”

Beliau turut memuji dasar visa Malaysia, ekonomi yang pelbagai, peluang pendidikan, infrastruktur perubatan dan tindak balas terhadap pandemik yang menurutnya akan menjadikan negara ini lebih popular dalam kalangan pembeli asing pada separuh kedua 2020 berbanding pada 2019.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat