Mengaji Marathon 2023 galak Anak Muda Cintai AL-Quran

- Advertisement -

Cheras, 8 April 2023 – MCPLUS, pusat tuisyen dalam talian terbesar di Malaysia, ingin menggajak rakyat Malaysia terutamanya belia untuk menyertai acara tahunan kami iaitu Program Mengaji Marathon 2023.

Acara yang seiring dengan sambutan Nuzul Quran ini akan berlangsung selama 12 jam bermula 6.30 pagi hingga 6.30 petang pada Sabtu, 8 April 2023.

Program Mengaji Marathon 2023 turut menampilkan nama-nama besar yang tidak asing lagi dalam kalangan muslim di Malaysia, antaranya Mawi, Anas Tahir, Ustaz Adnin, Ustaz Mahiraja, Raqib Majid, Qawi dan Sirpuloh. la sebahagian dari inisiatif MCPLUS dalam memupuk sifat kecintaan terhadap alQuran dalam kalangan muslim terutamanya dalam anak muda di Malaysia.

Inisiatif ini sebagai pendorong dari MCPLUS bagi membantu muslim dan muslimin untuk khatam al Quran pada bulan Ramadan dengan membaca 10 hingga 11 Juz awal al-Quran semasa marathon ini berlangsung. Ini memberi peluang kepada mereka yang ketinggalan dalam bacaan al-Quran untuk mengejar kembali dan seterusnya menghabiskan kesemua 30 Juz sempena Ramadan.

“Kami sangat teruja untuk menganjurkan Program Mengaji Marathon 2023 yang akan menjadi platform untuk rakyat Malaysia berkumpul dan mengaji al-Quran bersama secara maya. Acara ini bukan sekadar membaca al-Quran tetapi juga memupuk semangat kemasyarakatan dan kerohanian.

“Apa yang penting, kami di MCPLUS ingin berkongsi inspirasi dengan melihat lebih ramai rakyat malaysia terutamanya anak muda mencintai al-Quran dengan membacanya. la sekali gus dapat melahirkan sebuah generasi yang baik dalam mengukuhkan hubungan mereka dengan Allah,” kata Fathi Hussein, tutor MCPLUS.

 

QURAN BRAILLE PENEMAN MUHAMMAD TAUFIQ

Selain itu, Program Mengaji Marathon 2023 akan turut diserikan dengan kehadiran adik Muhammad Taufik Azman yang cacat penglihatan namun mampu membaca al-Quran Braille dengan amat baik.

Pemuda berusia 22 tahun yang berasal dari Negeri Sembilan ini mula mendapat pendedahan mempelajari teknik bacaan al- Quran Braille sejak berusia 7 tahun.

“Saya bermula dengan membaca Igra ketika mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu. Di sini saya mempelajari teknik asas membaca alQuran tulisan Braille.

“Bila usia semakin meningkat, rasa cinta akan al-Quran semakin menebal dalam diri ini. sejak 10 tahun lepas saya mula mendalami bacaan al-Quran dan menyertai pelbagai pertandingan Musabaqah dengan mewakili negeri Johor, ? kata Muhammad Taufik.

Taufiq yang buta sejak lahir, menanam impian ingin mewakili negara dalam pertandingan Musabaqah peringkat antarabangsa suatu hari nanti.

“Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/ 2020M merupakan idola saya. Dia membuktikan biarpun ada kekurangan namun ia bukan penghalang untuk mencapai impian menjadi qari yang baik dan bersaingan dengan mereka yang lebih sempurna fizikalnya,” katanya.

Tahun lalu, Mengaji Marathon berjaya menarik lebih 100,000 tontonan di Youtube LIVE dan pada tahun ini, MCPLUS menyasarkan lebih ramai orang menyertai akan penyertaan dari masyrakat pada program mengaji al-Quran ini. Acara ini menjanjikan pengalaman berharga sekali gus mendedahkan para peserta dengan keindahan ayat-ayat suci al-Quran serta mempraktikkan ajaran Islam untuk tujuan peningkatan refleksi diri dan rohani.

Acara ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan peserta boleh menyertainya mengikut keselesaan diri di rumah kerana acara ini dibuat melalui penstriman langsung di saluran Youtube MCPLUS.MY. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcplus.my.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat