Polis Israel biadap dan tidak berperikemanusiaan – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Naib Presiden UMNO, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap dan tidak berperikemanusiaan tindakan Polis Israel ke atas rakyat Palestin ketika sedang beribadat di Masjid Al-Aqsa pada 5 April lalu.

Tegas Wan Rosdy lagi, sikap Polis Israel ini tidak menghormati hak penduduk Palestin untuk beribadat di Masjid Al-Aqsa lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.

Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail

“Saya mengecam serta mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab yang dilakukan oleh pasukan polis Israel ke atas rakyat Palestin ketika sedang beribadat di Masjid Al-Aqsa pada 5 April lalu.

”Tindakan yang dilakukan oleh Rejim Zionis ini jelas memperlihatkan tindakan tidak berperikemanusiaan serta tidak menghormati hak penduduk Palestin untuk beribadat di Masjid Al-Aqsa lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.

”Saya dimaklumkan ketika kejadian, umat Islam Palestin sedang menunaikan solat Tarawih di masjid berkenaan sebelum polis Israel melakukan serangan dengan menggunakan gas pemedih mata dan belantan sehingga menimbulkan kekecohan.” Ujar Wan Rosdy.

Dalam kejadian itu juga hampir 400 orang rakyat Palestin telah ditahan serta ramai lagi yang cedera.

Kata Wan Rosdy yanh juga Menteri BesR Pahang, sudah pastinya tindakan Israel ini akan menimbulkan ketegangan di seluruh Palestin serta seluruh umat Islam lebih-lebih lagi Masjid Al-Aqsa merupakan antara tempat suci bagi umat Islam.

Malah, kejadian seperti ini sering kali berlaku ketika pendatang haram Yahudi meraikan perayaan yang dinamakan Pesach (Passover) di mana mereka dengan biadabnya akan cuba untuk menceroboh masuk ke Masjid Al-Aqsa.

”Sehubungan dengan itu, saya melahirkan sokongan terhadap ketetapan Kerajaan Malaysia yang menyeru masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu agar tidak menutup mata akan isu ini kerana sudah banyak kali kejadian sama berlaku ke atas rakyat Palestin yang dengan jelas melanggar hak asasi kemanusiaan.

”Saya juga berharap agar seluruh umat Islam terutamanya di negara ini dapat menunjukkan solidariti mereka terhadap nasib yang menimpa saudara-saudara kita di Palestin.

”Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberikan kekuatan serta ketabahan kepada rakyat Palestin dalam menghadapi ancaman serta tindakan biadab Rejim Zionis ke atas mereka.” Katanya lagi.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat