PM Buka Puasa Bersama Penjawat Awam dan Anak Yatim

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri majlis berbuka puasa bersama lebih 700 penjawat awam di Laman Sari, Seri Perdana di sini.

Program berbuka puasa itu merupakan yang pertama diadakan di Seri Perdana sejak beliau menjawat jawatan Perdana Menteri pada 20 Ogos 2021 dan turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Syafiq Abdullah.

Majlis itu turut dihadiri 51 anak yatim dari Rumah Amal Baitul Barokah Wal Mahabbah, Sepang, Selangor.

Pada majlis itu, Ismail Sabri beramah mesra dengan penjawat awam dan anak yatim yang hadir.

Selepas berbuka puasa, beliau menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah.

Seri Perdana, yang dibina pada 1997, merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat