Luluskan RUU Anti Lompat parti syarat utama MOU dengan pembangkang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Meluluskan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti di Parlimen antara syarat utama di dalam Perjanjian Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik (MOU) antara pembangkang dan kerajaan.

Justeru Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH)
mengulangi pendirian tegas agar RUU Anti Lompat Parti itu diluluskan segera.

Tegasnya, amatlah jelas bahawa PH tidak akan berkompromi dalam perkara ini.

“Oleh itu, kami menggesa Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) untuk menyatakan komitmen bahawa RUU Anti Lompat Parti tersebut akan dibentang untuk diluluskan di Parlimen dalam masa terdekat,” tegas Majlis Presiden PH dalam kenyataan pada Jumaat.

Selain itu, mereka turut menggesa agar Menteri yang bertanggungjawab membentang Pindaan Perlembagaan pada 11 April ini turut menyatakan dengan jelas di Parlimen apakah prinsip-prinsip asas RUU Anti Lompat Parti yang bakal dibentang dan diluluskan dalam Sidang Khas kedua nanti.

“Pakatan Harapan percaya dengan meluluskan Pindaan Perlembagaan dan RUU Anti Lompat Parti, kepercayaan rakyat terhadap proses pilihanraya dan demokrasi berparlimen akan dapat mula dipulihkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata PH mereka memahami keperluan untuk meminda Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bagi memberi
punca kuasa untuk menggubal Akta Anti Lompat Parti.

Justeru katanya, Pakatan Harapan akan menyokong Pindaan Perlembagaan pada sidang khas Parlimen 11 April ini.

“Namun, syarat utama ialah draf RUU Anti Lompat Parti perlu disegerakan, dan perkara ini telah ditegaskan Jawatankuasa Pemandu MOU yang telah bermesyuarat semalam.

“Ketua Pembangkang juga telah menyampaikan pendirian Pakatan Harapan ini kepada Perdana Menteri semalam,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, tarikh
Sidang Khas kedua ini perlu ditetapkan dan diumum di Parlimen pada 11 April.

“Kami turut menggesa agar Menteri yang bertanggungjawab membentang Pindaan Perlembagaan pada 11 April turut menyatakan dengan jelas di Parlimen apakah prinsip-prinsip asas RUU Anti Lompat Parti yang bakal dibentang dan diluluskan dalam Sidang Khas kedua nanti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat