Cher mohon maaf

- Advertisement -

New York: Penyanyi legenda, Cher memohon maaf selepas menulis ciapan di Twitter mengenai teori di mana dia mampu menyelamatkan lelaki kulit hitam, George Floyd yang mati di tangan anggota polis pada Mei tahun lalu, sekiranya dia berada di tempat kejadian.

Cher dalam ciapannya menulis permohonan maaf kepada komuniti kulit hitam dan berkata hanya Tuhan yang tahu isi hatinya.

“Saya tahu, orang akan memohon maaf apabila berada dalam kesulitan. Namun, demi Tuhan, saya mohon maaf sekiranya ada mengguris hati komuniti kulit hitam. Saya tahu apa isi hati saya,” tulisnya di Twitter. Ciapan Cher sebelum ini berkisar mengenai perbualan dengan ibunya mengenai proses perbicaraan anggota polis, Derek Chauvin yang menyebabkan kematian Floyd.

“Saya berbual dengan ibu dan dia berkata, ‘ibu baru lepas tengok perbicaraan anggota polis yang membunuh Floyd dan ibu menangis’.

“Saya beritahu ibu, ini mungkin kedengaran gila tapi saya fikir, mungkin kalau saya berada di tenpat kejadian, saya dapat bantu,” tulisnya.

Ciapannya itu dikecam netizen yang menganggap bahawa dia menggunakan kelebihan warna kulitnya untuk menyelamatkan keadaan.

Mei tahun lalu, Floyd disahkan meninggal dunia selepas Chauvin menekan tengkuknya hampir sembilan minit ketika menahannya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat