Syatilla Melvin nak sambung pembinaan masjid terbengkalai

- Advertisement -

“Saya nak lihat masjid ini tersergam indah nanti,” kata pelakon Syatilla Melvin mengenai hasrat dan impian peribadinya untuk menyambung semula pembinaan masjid yang terbengkalai di Sungai Siput, Perak.

Bersempena kehadiran Ramadan tidak lama lagi, Syatilla berkata, sebahagian daripada hasil jualan produk makanannya iaitu Nasi Daging Telentang yang diusahakan bersama LB Creuset akan disalurkan untuk pembinaan masjid itu.

“Saya tahu mengenai masjid itu ketika salah seorang ahli keluarga saya di Perak memaklumkan ia sudah terbengkalai hampir dua tahun.

“Di kawasan itu, hanya ada satu surau kecil yang menempatkan pelajar tahfiz, jadi saya terus terlintas nak lakukan sesuatu untuk kemudahan penduduk mendirikan solat dan melakukan aktiviti keagamaan.

“Insya-Allah sebahagian keuntungan yang saya peroleh hasil perniagaan nasi daging akan digunakan untuk membina masjid yang terbengkalai itu. Doakan semoga impian ini dapat direalisasikan secepat mungkin,” katanya.

Menurut Syatilla, kos sebanyak RM200,000 diperlukan untuk membina masjid berkenaan.

“Saya percaya bulan Ramadan adalah waktu yang dinanti-nanti dan ramai yang berlumba-lumba nak bersedekah selain mahu mengumpul pahala.

“Jadi, saya nak ambil kesempatan ini untuk mengajak orang ramai untuk sama-sama menyokong perniagaan kecil ini kerana secara tidak langsung mereka dapat menderma untuk pembinaan masjid ini nanti.

“Lagipun dengan platform dan jenama yang saya ada sekarang ini, saya percaya dapat mengajak orang ramai melakukan kebaikan,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat