Hari Wanita Antarabangsa: Anwar Seru Wanita Terus Dihormati dan Diperkasa

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap peranan besar wanita sebagai nadi kekuatan keluarga, tiang seri masyarakat serta penggerak penting kepada kemajuan negara.

Dalam satu kenyataan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa hari ini, beliau berkata di sebalik keluarga yang utuh dan masyarakat yang sejahtera, terserlah pengorbanan, ketabahan serta kebijaksanaan wanita yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang demi masa depan yang lebih baik.

Menurutnya, wanita memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat yang kukuh dan negara yang maju.

“Di sebalik keluarga yang utuh dan masyarakat yang sejahtera, terserlah pengorbanan, ketabahan serta kebijaksanaan wanita yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang demi masa depan yang lebih baik,” katanya.

Anwar turut berkongsi penghargaan secara peribadi terhadap wanita yang banyak menyokong perjalanan hidup dan perjuangannya, khususnya isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, serta anak-anak yang sentiasa menjadi sumber kekuatan, kesabaran dan dukungan sepanjang perjalanan tersebut.

Beliau berkata kekuatan yang sama turut terpancar daripada jutaan wanita di seluruh negara yang memainkan pelbagai peranan sebagai ibu, isteri, anak, pendidik, penjaga dan pemimpin masyarakat.

“Mereka setiap hari berjuang dalam senyap demi keluarga dan negara tercinta,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak agar terus menghargai peranan dan sumbangan besar wanita serta memastikan mereka terus dihormati, diperkasa dan diberikan ruang yang adil untuk menyumbang kepada kemajuan negara.

Menurut Anwar, wanita merupakan kekuatan, harapan dan masa depan negara yang perlu terus dihargai dan diperkasakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat