Langgar Penunggang Motosikal: Rayer Persoal Zamri Vinoth Kebal Undang-Undang?

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mempersoalkan sama ada aktivis kontroversi, Zamri Vinoth, merupakan pemandu sebuah kereta mewah jenis Jaguar yang didakwa memandu secara berbahaya sehingga melanggar seorang penunggang motosikal sebelum melarikan diri dalam satu kejadian yang tular di media sosial.

Menurut Rayer, beliau menerima satu klip video lewat malam tadi yang memaparkan sebuah sedan mewah Jaguar dipandu secara melulu dan berbahaya sebelum melanggar seorang penunggang motosikal dan terus memecut meninggalkan lokasi kejadian.

Katanya, rakaman insiden tersebut kini tersebar luas di media sosial.

“Insiden ini dipercayai berlaku semalam, 7 Mac 2026, berhampiran lokasi upacara sembahyang tahunan di Kuil Sri Maruthuvar Jadamuniswarar yang terletak di hadapan Hospital Bukit Mertajam,” katanya dalam satu kenyataan difacebook beliau.

Rayer turut mempersoalkan sama ada individu yang memandu kenderaan mewah Jaguar dengan nombor pendaftaran VML 9332 itu adalah Zamri Vinoth.

Beliau berkata, sekiranya benar Zamri Vinoth merupakan pemandu kenderaan tersebut, timbul persoalan mengapa individu berkenaan berada di Bukit Mertajam semalam walaupun didakwa telah diberi amaran oleh pihak polis supaya tidak datang ke kawasan tersebut.

“Ini kerana saya telah membuat laporan polis terhadap Zamri Vinoth pada 3 Mac 2026,” katanya.

Rayer turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sekiranya benar Zamri Vinoth adalah pemandu Jaguar berkenaan, memandangkan tindakan memandu secara melulu sehingga hampir meragut nyawa penunggang motosikal merupakan kesalahan serius.

“Jika Zamri Vinoth adalah pemandu Jaguar itu, adakah beliau akan ditahan kerana memandu secara berbahaya dan hampir membunuh penunggang motosikal yang dilanggarnya?” soal beliau.

Dalam masa sama, Rayer turut mempersoalkan kepada Menteri Dalam Negeri dan pihak Polis Diraja Malaysia sama ada Zamri Vinoth masih dianggap kebal daripada tindakan undang-undang.

“Saya ingin bertanya sekali lagi kepada Menteri Dalam Negeri dan polis, adakah Zamri Vinoth masih berada di atas undang-undang?” katanya.

Kenyataan itu dibuat susulan ketegangan yang tercetus sebelum ini berkaitan isu kuil berhampiran Hospital Bukit Mertajam yang menjadi perhatian umum.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat