Johari fokus ekonomi, sedia sumbang masa, tenaga dan buah fikiran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Calon Naib Presiden Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berikrar akan menumpahkan segala pengalaman beliau untuk memfokuskan kepada kepada ekonomi rakyat sekiranya dipilih pada pemilihan Umno 18 Mac ini.

Bekas Menteri Kewangan II itu berkata, berdasarkan pengalaman ini, beliau bersedia untuk menyumbangkan masa, tenaga dan buah fikiran bagi memimpin parti dalam mendepani isu-isu dasar, polisi serta ekonomi.

“Menjadi rekod didalam sejarah bahawa Umno telah memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembangunan negara.

“Sejarah itu tercatat disebabkan parti kita mendapat kepercayaan rakyat kerana kemampuan Umno menawarkan pelbagai kepakaran dalam pelbagai bidang bagi memimpin parti untuk berkhidmat kepada rakyat,” ciap Johari di Twitter pada Rabu.

Oleh dengan itu, Ahli Parlimen Titiwangsa itu yakin pemilihan ini merupakan medan untuk semua bersatu bagi menguatkan parti dan bersama sebagai sebuah keluarga besar Umno.

Seramai lapan calon bertanding bagi mengisi tiga kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan kali ini.

Mereka terdiri daripada dua penyandangnya iaitu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan bekas Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Selain itu, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Calon lain adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam merangkap bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi.

Turut mencuba nasib bagi jawatan sama ialah ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Yusof Musa, yang pernah bertanding pada Pemilihan Umno 2018, namun tewas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat