“Sibuk main politik, pilihan raya tukar kerajaan lagi” – Bung

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) belajar daripada pengalaman untuk tidak sibuk bermain politik dengan menyalahkan kerajaan sebelum ini hingga mengakibatkan rakyat menderita.

Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sekiranya politikus ‘gila’ main politik rakyat di bawah akan menderita malah ekonomi negeri juga akan sengsara akhirnya pilihan raya akan datang kerajaan bertukar tanpa sebarang pencapaian.

“Sebab kalau kita fokus politik rakyat menderita, ekonomi sengsara, akhirnya pilihan raya akan datang kerajaan bertukar juga tidak akan ada mana-mana pencapaian.

“ Jadi, kita fokus kepada membangun ekonomi Sabah,” tegas beliau dalam Wawancara Khas bersama SuaraTV.

Timbalan Ketua Menteri 1 itu berkata, GRS baru memerintah Sabah lebih kurang lima bulan jadi beliau memberitahu pada mesyuarat Kabinet pertama bahawa kerajaan ini perlu menjadi satu kerajaan contoh.

“Pertama kita jangan lagi macam PH atau Warisan, kita sudah diberi mandat menjadi kerajaan.

“ Kita jangan lagi menyalahkan kerajaan Warisan sebab dalam kita mengambil alih sebuah syarikat, syarikat itu sudah rugi tetapi kita ambil juga.

“Bermakna untung rugi syarikat itu kita yang tanggung jadi kerajaan yang ada ini sama dia menanggung beban, menanggung hutang, GRS kena tanggung,” ujar beliau.

Bung Moktar yang juga Pengerusi UMNO Sabah berkata, sebagai kerajaan negeri GRS lakukan apa yang boleh untuk memastikan kerajaan negeri ini membangun rakyat secara bersama.

“ Jadi sebab itu saya kata kita jangan main politik dalam satu tahun, tiga tahun ini kita fokus untuk menjaga rakyat membangun ekonomi Sabah.

“Sebab kalau kita fokus politik rakyat menderita, ekonomi sengsara, akhirnya pilihan raya akan datang kerajaan bertukar juga tidak akan ada mana-mana pencapaian.

“ Kita fokus kepada membangun ekonomi Sabah ,” ujarnya.

Ditanya adakah langkah UMNO di Semenanjung meninggalkan Perikatan Nasional (PN) memberi impak kepada GRS Sabah, Bung Moktar mengakui berlaku sedikit gelora.

“Tapi kita berjaya membendung isu ini agar tidak merebak ataupun mempengaruhi mana-mana individu di Sabah sehingga menyebabkan kerajaan mungkin hancur atau membuatkan pilihan raya lagi,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat