KUALA LUMPUR – UMNO Sabah memberi jaminan akan terus memelihara hubungan baik sesama rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sehingga pilihan raya akan datang kata, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah itu berkata, tidak mahu mengheret rakyat dalam kancah permainan politik yang dimainkan pemimpin dari semasa ke semasa.
“Saya sentiasa fokus dan memberi penekanan betapa penting UMNO dan juga parti-parti dalam GRS untuk menyelami hati masing-masing dan seterusnya membuat cetusan-cetusan yang lebih proaktif yang positif tanpa perlu ada orang kata memainkan sentimen sentimen antara satu sama lain.
“ Sebab kita telah banyak pengalaman apabila kita dalam parti dalam gabungan besar ini tidak ada keikhlasan sentiasa was-was ataupun tidak ada kepercayaan dengan rakan-rakan yang lain sudah tentu hubungan itu akan rapuh dan tidak akan bertahan lama,” ujarnya dalam wawancara khas bersama SuaraTV.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu berpendirian bahawa pimpinan dalam UMNO Sabah telah memberi jaminan bahawa mereka akan mempertahankan GRS sehingga pilihan raya akan datang.
Sebab itu katanya,” kita tidak mahu rakyat kita hidup kita heret dalam dalam permainan politik yang kita mainkan dari semasa ke semasa”. -SuaraTV