Lumrah lompat parti bila hilang keistimewaan tapi UMNO Sabah sedia terima -Bung

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengalu-alukan mana-mana wakil rakyat Warisan atau parti lain untuk menyertai parti itu asalkan memenuhi syarat.

Katanya, secara peribadi sepatutnya penghijrahan parti tidak sepatutnya dikritik kerana dalam perjuangan politik ada kepercayaan dan keyakinan berubah ikut keadaan semasa.

“Menjadi lumrah apabila sebuah parti pernah jadi kerajaan kalah dalam pilihan raya mereka telah kehilangan segala-gala keistimewaan.

“Mereka sudah tidak punya peruntukan, tidak dapat memberi perkhidmatan yang berkesan kepada ahli masing-masing sebab mereka telah tidak dapat membantu kepada yang mengadu.

“Jadi sudah tentulah ada proses keluar parti dan bermula dengan ADUN sebatik sebab the moment saya lihat dia sudah keluar saya memang mengalu-alukan,” katanya.

Menurut Bung Moktar sebab dalam demokrasi seseorang bebas untuk memilih sama ada untuk menjadi anggota bebas atau mana-mana parti.

“ Tetapi selaku ketua UMNO Sabah juga saya mengalu-alukan dan menyatakan bahawa UMNO Sabah sabah sentiasa terbuka kepada mana-mana wakil rakyat daripada Warisan dan lain-lain sekiranya mereka berhasrat menyertai UMNO Sabah maka kita buka dengan syarat mematuhi peraturan-peraturan sedia ada iaitu mengemukakan borang permohanan untuk menjadi ahli,” ujarnya dalam Wawancara Khas bersama SuaraTV.

ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir daripada Warisan mengumumkan keluar parti atas alasan Warisan masih mengutamakan politik berbanding kesejahteraan rakyat.

Katanya, beliau kini seorang ADUN Bebas yang menyokong Kerajaan Negeri Sabah di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat