Putera Mahkota Arab Saudi Dijangka Sambut Kedatangan Muhyiddin

- Advertisement -

RIYADH – Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdul Abdulaziz Al-Saud secara peribadi akan menyambut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, di sini, Isnin.

“Ia bukan dalam jadual asal. Yang Mulia Putera Mahkota sendiri membuat keputusan itu,” kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada media Malaysia di sini.

“Seluruh lapangan terbang akan ditutup kerana Yang Mulia Putera Mahkota ingin menyambut Perdana Menteri di sana,” katanya.

Muhyiddin kini memasuki hari ketiga lawatan rasmi empat hari beliau ke Arab Saudi.

Muhyiddin dijadual tiba di lapangan terbang antarabangsa itu pada jam 6.30 petang Isnin (11.30 malam waktu Malaysia).

Beliau akan tiba dari Madinah selepas mengunjungi Masjid Nabawi dan menziarahi Makam Rasulullah.

Perdana Menteri dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, yang memulakan lawatan rasmi Sabtu lalu, tiba di Makkah untuk menunaikan umrah dan diberi peluang memasuki Kaabah.

Lawatan rasmi tersebut atas undangan Raja Arab Saudi, yang juga Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Lawatan tersebut antara lain bertujuan membincangkan pelbagai usaha untuk memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka kerjasama baharu dalam bidang perdagangan, pelaburan, teknologi, inovasi dan hal ehwal Islam yang mampu melonjakkan hubungan baik sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.

Hishammuddin berkata pada hakikat Arab Saudi menjemput Perdana Menteri untuk lawatan itu adalah satu kejayaan besar memandangkan “hubungan dua hala kita tidak berada di tahap yang kita inginkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.” – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat