DAP Tolak Kerjasama Dengan UMNO, Setuju Sidang Parlimen Bahas Covid-19 – Guan Eng

GEORGETOWN – DAP mengesahkan tiada kerjasama politik antara parti itu dengan UMNO buat masa ini termasuk untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bagaimanapun mengakui parti itu tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan UMNO sekiranya ia melibatkan kepentingan rakyat.

Sebagai contoh, katanya, DAP bersetuju dengan UMNO yang mahu sidang Parlimen diadakan bagi membahaskan isu berkaitan Covid-19.

“Kita (DAP) tidak mempunyai masalah atau halangan untuk bekerjasama dengan UMNO jika ia melibatkan kepentingan rakyat dan bukannya atas dasar kepentingan parti.

“Contohnya, DAP bersetuju dengan UMNO yang mahukan persidangan Parlimen diadakan. Selain itu, kita juga berpendirian sama dengan UMNO dalam konflik di Myanmar dan Palestin,” katanya pada sidang akhbar di Wisma DAP di sini pada Isnin.

Guan Eng mengulas mengenai khabar angin mengatakan DAP mungkin akan mengadakan kerjasama politik dengan UMNO khususnya menjelang PRU15.

Ura-ura itu tercetus selepas Majlis Kerja Tertinggi UMNO baru-baru ini membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pilihan raya umum berkenaan.

Sebelum itu, UMNO menyatakan kebersamaan parti itu dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen melalui sepucuk surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Bersatu. – Sinar

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

UMNO, PAS, Bersatu, PKR & Amanah Bentuk Kesatuan Baharu Depani PRU-15?

KUALA LUMPUR - Gelombang politik baharu tanah air bakal berubah lagi, apabila hari ini Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin memulakan...

Pelakon Iklan Judi Raya Dibayar Upah RM180 – Polis

PETALING JAYA - Barisan pelakon yang terbabit dalam pembikinan video iklan bertema raya mempromosi judi dalam talian yang tular di media sosial semalam, hanya...

2,331 Kes Baru Covid-19, Lima Kematian Dilaporkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus mencecah empat angka dengan jumlah kes positif yang dilaporkan dalam tempoh 24 ialah sebanyak 2,331...