Parti Melayu Tak Bermusuh Cuma Pesaing

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa memberitahu parti-parti Melayu tidak bermusuh sebaliknya wujud kekeliruan yang cuba menyembunyikan musuh politik sebenar.

Jelas beliau antara UMNO, PAS dan Bersatu mereka bukan musuh tetapi pesaing atau rival.

Ada usaha yang cuba menggambarkan kononnya satu pihak itu musuh,walau sebenarnya tidak.

“Seruan itu hanya satu ugutan untuk mengelirukan supaya hasrat berkerjasama dengan musuh yang sebenar dapat disembunyikan.

“Demikian bila dendam mendalam, kawan dianggap musuh,dan musuh cuba dijadikan kawan,” tegas Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Kata Annuar, itulah politik “matlamat menghalalkan cara”.

“Politik Machiavelli, politik Islam tidak begitu.

“Politik Islam,berpegang pada kebenaran,” ujarnya.

Menurut Annuar, istilah musuh sering kita dengar dalam politik tetapi tafsirannya luas dan sangat subjektif.

Katanya, kadangkala istilah disalahgunakan.Kadangkala tidak jelas antara pesaing(rival) dengan musuh(enemy).

“Parti- parti Melayu yang mendukung cita -cita perjuangan yang sama,bukan musuh tetapi mereka mungkin pesaing.

“Tetapi parti parti yang mempunyai ideologi berbeza,dan memasang cita -cita melenyapkan apa yang diperjuangka satu satu pihak boleh di anggap musuh kerana mereka memusuhi satu sama lain.

“Dalam al-Quran ada digambarkan tentang “musuh”dan larangan mengambil musuh menjadi orang kepercayaan.

“al-Quran juga ada menghuraikan soal kumpulan dan puak yang bertelagah(rival),dan menyeru ke arah perlunya bersederhana,toleran dan berusaha ke arah kerjasama(taawun)atas perkara kebaikan dan kebajikan,” kata Annuar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat