Tiada Krisis Dalam UMNO – Mahadzir Khalid

- Advertisement -

PADANG TERAP: Tiada sebarang krisis dalam UMNO apatah lagi dalam kalangan pimpinan parti itu berikutan perbezaan pendirian untuk meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan sebaliknya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahadzir Khalid menegaskan, kenyataan yang dikeluarkan segelintir pemimpin UMNO untuk terus menyokong Bersatu setakat ini hanyalah pandangan masing-masing.

Tegas beliau, setiap isu yang tercetus dan boleh menyebabkan perpecahan harus diselesaikan secara profesional dan dalaman.

“Kalau kita tak boleh selesai secara profesional, secara dalaman itu menunjukkan sudah ada krisis yang berlaku. Kalau setakat masing masing bagi pandangan itu belum krisis,” kata Mahadzir.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Ceria ke Sekolah CSR Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap, hari ini.

Mahadzir berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa pemimpin dan wakil rakyat UMNO yang menyatakan untuk meneruskan kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ini sekali gus ia bertentangan dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang akan menamatkan kerjasama itu di peringkat nasional pada PRU akan datang.

Mahdzir berkata, sebarang keputusan yang dibuat dalam UMNO sudah mengambil kira untung rugi seperti urusan perniagaan.

Katanya, pandangan Melayu akan berpecah sekiranya UMNO tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu adalah mengikut tafsiran individu yang mengeluarkan kenyataan itu.

– Astro Awani

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat