Bung pesan berpolitik tak boleh terlalu ekstrem

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Melihat gelora semasa politik tanah air, Datuk Seri Bung Moktar Radin berpesan dalam berpolitik tidak boleh terlalu ekstrem dan tidak juga boleh salah faham.

Bercakap ketika Wawancara Khas bersama SuaraTV,  Ahli Parlimen Kinabatangan itu mengakui memang wujud kemungkinan dan desas-desus keretakan namun belum ada kata putus dan pemimpin UMNO juga belum mendapat gambaran sebenar.

“Kemungkinan-kemungkinan ini memang ada desas desus memang ada cuma sehingga hari ini kami pun belum dimaklumkan.

“Perbincangan masih berjalan antara parti-parti Melayu yang terbesar di Semenanjung.Jadi sama-sama kita berdoa mudah-mudahan semua pemimpin parti Islam diberi petunjuk oleh Allah untuk satu kesatuan atau penyelesaian.

“Tetapi kalau pun terpaksa bertanding maka kita kena melihat sudut yang lain pula lah sebab dalam politik ini kita tidak boleh terlalu ekstrem, tidak juga terlalu boleh orang kata ‘misjudgement’,” ujar Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah itu dalam Wawancara Khas bersama SuaraTV.

Susulan krisis cerai UMNO dan Bersatu kata beliau, “kita perlu membuat pelbagai plan A, B,C, D sampai M sebab ianya penting untuk menyesuaikan perjuangan itu. -SuaraTV

“Supaya sentiasa boleh memberi impak yang baik result semasa PRU, PRN akan datang nanti,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat