Seniman prihatin warga terjejas

- Advertisement -

TANGAN yang di atas lebih mulia. Orang yang mempunyai lebih rezeki, berkongsi rezeki dengan mereka yang lebih memerlukan.

Inilah yang dimaksudkan dengan program Raga Keperluan Dapur Seniman Yadululya anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang berlangsung di pejabat mereka di Taman Melawati, Hulu Klang, baru-baru ini.

Sebanyak 50 penggiat seni dan 10 bekas pekerja media yang terkesan dengan pandemik Covid-19 menerima sumbangan keperluan dapur seperti beras dan makanan.

Presidennya, Zed Zaidi berkata, program sulung semasa Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) lalu itu mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan penyumbang.

“Ketika PKP yang pertama, program ini dijalankan secara gabungan semua persatuan seni. Ketika itu berlaku kejutan apabila seluruh negara melaksanakan PKP.

“Semua penggambaran juga dihentikan serta merta. Jadi Seniman bersama Profima dan FDAM bergabung bantu ahli yang terkesan. Ada yang tiada wang langsung untuk beli makanan. Jadi inisiatif persatuan ialah minta bantuan daripada artis sendiri. Kita ada Johan Raja Lawak, Datuk Rosyam Nor, Jinggo dan Sheila Rusly yang menghantar barang untuk kami bantu yang lain-lain,” katanya.

Menurutnya, untuk kali ini Seniman menganjurkannya sendiri dengan fokus membantu ahli-ahli sendiri.

“Kami bersyukur kerana mendapat kerjasama Ikon Usahawan Siber Malaysia Datuk Muhammed Redzuan Baharuddin dan Pengasas Pondok Motivasi, Tanjung Karang, Ustaz Dr Mohd Ashraf Suarin. Turut sama pasangan pelakon Fasha Sandha dan suaminya Aidil Aziz serta beberapa individu lain turut menghulurkan sumbangan.

“Program ini dikendalikan Pengerusi Biro Agama Seniman, Salman Al-Farisi dan dibantu ramai ahli jawatankuasa Seniman serta pelakon. Ia diadakan mengikut SOP (prosedur operasi standard),” katanya.

 

AHLI Seniman menerima sumbangan yang diberikan.
AHLI Seniman menerima sumbangan yang diberikan.

 

Sementara itu Redzuan berkata, dia mahu berkongsi rezeki yang ada padanya dengan golongan yang memerlukan.

“Saya dapat maklumat daripada Zed mengenai program sumbangan ini. Sebelum ini pun saya simpati dengan nasib penggiat seni yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Ini yang buat saya terpanggil untuk membantu. Walaupun tak boleh bagi banyak, sekurang-kurangnya dapat bagi sikit pun sudah memadai.

“Selepas ini saya akan buat program usahawan dalam talian untuk golongan artis dan masyarakat yang berminat. Saya nak galakkan mereka untuk memberi juga,” katanya.

Bagi Mohd Ashraf, pihaknya sentiasa membantu semua pihak yang memerlukan sumbangan termasuk ahli Seniman.

“Sebelum ini kami bekerjasama dengan NGO (badan bukan kerajaan) dan ini kali pertama bantu Seniman. Kami ada keluarkan beras jenama Ashraffi dan ia diberikan kepada penerima. Kami kembangkan jenama beras ini menerusi NGO.

“Insya-Allah, kami akan bantu berterusan. Lanjutan ini, kami dalam pembangunan pondok warga emas untuk perlindungan seniman (penggiat seni) pada hujung usianya,” katanya.

Hariian Metro

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat