Bung janji selesaikan isu bekalan air Sabah segera, apa cara sekali pun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berikrar akan menyelesaikan isu bekalan air Sabah dalam kadar segera dengan apa cara sekali pun.

Katanya, masalah utama Sabah yakni isu air, elektrik dan jalan raya terletak di bawah tanggungjawab Kementerian Kerja Raya yang dinaungi beliau.

“Saya melihat selain memperkukuh ekonomi, kerajaan negeri menilai isu rakyat ini amat perlu diberi perhatian seperti air bersih, elektrik dan jalan raya.

“Sebagai Menteri Kerja Raya Sabah ketiga-tiga isu besar ini dibawah kementerian saya.

“Oleh itu, saya telah memberi beberapa penekanan kepada kementerian untuk fokus isu bekalan air supaya ditangani seberapa segera dengan apa cara sekali pun,” tegas ADUN Lamag itu.

Bung Moktar berkata, isu air merupakan satu masalah yang amat ketara dihadapi oleh rakyat Sabah dan isu ini berlarutan berpuluh-puluh tahun .

“Saya sempat turun ke beberapa daerah di Sabah dan boleh dikatakan hari-hari berpuluh mesej saya terima apa yang dapat kami lakukan untuk jangka pendek ini iaitu menghantar tangki-tangki air ke kawasan yang sudah kritikal

“Selebihnya kita telah mencadangkan kepada Ketua Menteri dan kerajaan negeri untuk mendapatkan peruntukan dari mana-mana sumber bagi menaik taraf beberapa loji iaitu 23 loji air di Sabah yang amat kritikal yang perlu dinaik taraf atau perlu dipindah ke kawasan baru sebab loji-loji air ini dibina 20, 30 tahun yang lalu ada yang dibina semasa musim British lagi memerintah.

“Begitu juga dengan paip-paip air ada yang telah dinaik taraf tetapi 45 peratus masih lagi paip lama dan banyak kebocoran di mana air tidak terhasil (NRW) meningkat sehingga 59 peratus,” jelas beliau.

Kata Bung Moktar lagi, inilah yang amat membimbangkan beliau selaku menteri yang diberi tanggungjawab.

“ Dalam sebulan, dua ini saya akan mencadangkan Blue Print Hala Tuju Air Sabah kepada jemaah menteri dan saya harap dapat dipertimbangkan untuk kita selesaikan isu ini dengan apa cara sekali pun sebab inilah yang menjadi masalah yang terlalu ketara bagi rakyat Sabah.

“ Kalau diterima oleh kerajaan negeri maknanya akan dapat kita laksana dalam setahun kita akan dapat mempertingkatkan pembekalan air kepada kawasan yang tidak mendapat air bersih,” kata beliau.

Selain isu itu, beliau memberitahu Blue print Sabah maju jaya fokus ke arah pembangunan ekonomi Sabah.

“Kerajaan negeri sedang beruasaha memberi peluang pekerjaan dan membawa masuk pelabur luar .

“Memandangkan ekonomi Sabah terjejas akibat Covid-19, kerajaan negeri perlu fokus mencari beberapa sumber baru dan membawa masuk pelabur dalam industri pertanian sebab kita percaya industri pertanian, makanan ini merupakan satu sumber yang dapat memberi impak yang baru kepada ekonomi,” ujar beliau. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat