Samirah, dua remaja kekal bebas dari tuduhan bunuh CEO Cradle Fun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengekalkan pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azhahari Kamal Ramli membuat keputusan itu selepas menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang melepas dan membebaskan mereka daripada pertuduhan itu.

Samirah, dua remaja dan seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin, 45, di sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, antara 11.30 malam 13 Jun 2018 hingga 4 pagi 14 Jun 2018, lapor BH.

Pada 21 Jun 2022, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Ab Karim Ab Rahman, melepas dan membebaskan ketiga-tiga individu itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah, 49, dan dua remaja terbabit yang kini berusia 18 serta 21 tahun.

Dalam penghakimannya, Ab Karim dilaporkan berkata, pasukan pendakwaan hanya membuat andaian semata-mata apabila mendakwa ketiga-tiga mereka membunuh CEO Cradle Fund itu seperti dinyatakan dalam kertas pertuduhan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat