Hamzah nafi dakwaan 10 lagi Ahli Parlimen PN akan sokong PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Itu dakwaan orang yang (sudah) hilang akal,” kata Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainudin menjawab dakwaan 10 lagi Ahli Parlimen daripada parti itu yang akan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu menafikan ada lagi Ahli Parlimen PN bakal menyatakan sokongan mereka kepada Anwar yang didakwa menjelang pembukaan persidangan Dewan Rakyat, 26 Februari ini.

“Itu dakwaan orang yang hilang akal, sudah hilang akal dia (merujuk Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal) sudah ‘join’ sana, dia terpaksalah buat cerita lain,” katanya ringkas.

Beliau ditemui pada sidang media selepas Mesyuarat Ketua-Ketua Jawatankuasa Portfolio Dewan Rakyat Ke-15, di ibu pejabat PN, di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendakwa lima Ahli Parlimen dari utara, iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak; tiga dari Pantai Timur, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang serta dua lagi dari Selangor dan Melaka bakal menyokong Anwar.

Sementara itu, Hamzah berkata, PN akan meneruskan tindakan mendakwa enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri di mahkamah dan perkara itu dalam proses penilaian peguam parti.

Enam pemimpin itu ialah Syed Abu Hussin, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan terbaru, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang). – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat