MRT Mudahkan Orang Ramai Dapat Rawatan Di HKL

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengoperasian penuh Transit Aliran Massa (MRT) Putrajaya Sentral, Titiwangsa dan Kwasa Damansara akan memudahkan orang ramai dan pesakit mendapatkan rawatan menerusi pembukaan stesen di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pembukaan stesen di HKL juga akan turut dilengkapi kemudahan laluan gerak atau walkator sepanjang 400 meter yang akan memudahkan pergerakan.

“Hari ini (semalam) saya meninjau tiga tapak stesen MRT iaitu Putrajaya Sentral, Titiwangsa dan Kwasa Damansara untuk persiapan pembukaan MRT Laluan Putrajaya (Fasa 2) pada Mac 2023.

“Pengoperasian penuh tersebut akan memudahkan orang ramai dan pesakit mendapatkan rawatan menerusi pembukaan stesen di Hospital Kuala Lumpur yang turut dilengkapi kemudahan laluan gerak atau walkalator sepanjang 400 meter,” katanya.

Dalam pada itu beliau juga memaklumkan, 107 bas pengantara disediakan bagi menyokong perkhidmatan MRT2 dalam menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan tersebut.

Tambahnya, kementerian juga akan meneliti pelbagai pendekatan bagi menambah baik sistem batuan pertama dan akhir termasuk cadangan memperkenalkan perkongsian kenderaan dengan kerjasama syarikat e-hailing, bagi mengoptimumkan perkhidmatan tersebut dengan harga tambang lebih murah.

Ditanya berkenaan status terkini MRT3, beliau berkata pihaknya sedang menunggu kelulusan projek dan penganugerahan tender daripada Kementerian Kewangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat