Kerajaan Perpaduan gerak bersama hadapi PRN – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepakat menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Raya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Menurut beliau, selain Jawatankuasa Pilihan Raya turut ditubuhkan Jawatankuasa Strategi dan Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik.

“Jawatankuasa Pilihan Raya menumpukan pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan bila-bila masa dan jawatankuasa ini tentunya akan merencanakan hal-hal terutamanya dan pembahagian kerusi dan menumpukan kegiatan mereka untuk memastikan kita punya tapak kukuh dalam PRN.

“Satu hal yang disepakati yang sangat positif bagi saya adalah kerana kesapakatan dan komitmen semua parti termasuk rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak untuk terus membantu sebagai satu pasukan,” katanya pada sidang media di Menara Datuk Onn, malam ini.

Anwar memperincikan mesyuarat malam ini dimulakan dengan pembentangan oleh dua pakar data saind tentang analisis Pilihan Raya Umum (PRU) secara menyeluruh yang menunjukkan keadaan berdasarkn fakta secara penuh.

“Rumusannya Kerajaan Perpaduan ini memang bila digabungkan kekuatan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan lain-lain parti yang menyokong itu sudah mencecah lebih dua per tiga pengundi jumlah pengundi yang menyokong dalam PRU yang lalu.

“Kerusi memang setakat ini mencatat 148 juga dua per tiga, kalau lihat dari segi dokongan ia satunya gabungan mewakili semua kaum, semua daerah, semua suku kaum di negara kita dan ini kelebihan kepada kita,” katanya.

Menurut Perdana Menteri lagi, Pengarah-Pengarah pilihan raya akan bersidang dalam tempoh seminggu ini dan menetapkan penyelaras. Ketuanya adalah pengarah pilihan raya parti-parti.

“Jawatankuasa Pilihan Raya (juga) akan segera bincang (pembahagian kerusi).

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Jawatankusa Strategi itu pula ditubuhkan bagi memberi tumpuan terutamanya dalam aspek komunikasi apabila berdepan dengan kenyataan fitnah melampau.

“Contoh isu pembakaran al-Quran itu, beberapa orang kononnya tokoh-tokoh agama menggunakan kenyataan dalam ucapan-ucapan mereka dalam kenyataan mereka seolah-seolah kita belum berbuat apa-apa padahal masa itu kita telah mengeluarkan kenyataan keras mengecam, kementerian luar panggil Duta Sweden dan berikutnya saya umumkan pengedaran satu juta al-Quran,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, mesyuarat hari ini juga bersetuju membentuk Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan dengan membentuk struktur pimpinan yang akan bersidang pada setiap bulan.

“Terima kasih kerana mereka berikan persetujuan untuk saya mempengerusikan dan ketua-ketua parti gabungan akan menjadi timbalan pengerusi dan pimpinana lain sebagai naib pengerusi.

“Sekretariat diketuai oleh Setiasuha agung iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Sekretariat (adalah) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki. Pimpinan parti lain akan dilantik menganggotai Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan.

“Terma yang ditetapkan (dalam majlis ini) tentunya untuk memastikan dasar-dasar itu disepakati bersama. Selain Jemaah Menteri mempunyai tugas tertentu dan perbincangan setiap minggu, majlis ini akan memberikan pandangan mereka tentang dasar utama Kerajaan Perpaduan dan memastikan pandangan-pandangan semua itu diambil kira dalam merumuskan dasar-dasar tersebut,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat