Kereta Elektrik Termurah Di Dunia, ORA R1 Dijual Dengan Harga Kurang Daripada RM37,000

- Advertisement -

Pada tahun 2021 ini, kita dapat lihat industri kereta elektrik sudah semakin matang dalam pasaran automotif.  Walaupun kos pengecasan elektrik jauh lebih menjimatkan berbanding pengunaan petrol, tetapi kos untuk memiliki sebuah kereta elektrik pula tidaklah murah. Harga sebuah kereta elektrik Tesla Model 3 mencecah hampir RM500,000.

Pembuat kereta dari China, Great Wall Motors (GWM) telah membina sebuah kereta elektrik kompak dengan harga yang berpatutan, GWM ORA R1. Kereta ini dikuasakan dengan bateri jenis lithium-ion yang boleh mengerakkan kereta sejauh 300km sekali caj.

vocket-ora-r1-4

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK CAR INDIA

vocket-ora-r1-2

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK CAR INDIA

vocket-ora-r1-3

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK CAR INDIA

Walaupun saiznya kompak mempunyai panjang 3.5 meter dan ketinggian 1.6 meter, ia mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 100km/j. Kereta ini menggunakan skrin sentuh infotainment bersaiz 9 inci untuk mengawal dan memberi arahan sama seperti ciri-ciri yang ada pada kereta elektrik yang lain.

Menurut Great Wall Motors, ORA bermaksud ‘openreliable dan alternative‘ yang mana pasaran sasaran mereka untuk orang muda yang ditinggal di kawasan bandar. Harga yang ditawarkan pula sangat murah jika dibandingkan kereta-kereta elektrik yang lain. ORA R1 boleh dimiliki bermula $8,900 (~RM36,147).

Costa Rica antara negara yang terawal menerima kereta model ORA R1 pada tahun 2020 lalu. Dan dalam tahun yang sama juga, model kereta ini telah diperkenalkan di India semasa acara Auto Expo 2020.

Pihak GWM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan samada akan memperluaskan pasaran kereta pada masa akan datang. Adakah anda rasa ORA R1 sebuah kereta elektrik kompak yang berbaloi untuk dimiliki pada masa akan datang?

The VOcket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat