Sasi The Don masih aktif

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lebih dua dekad menceburi dunia seni, penyanyi Sasi The Don belum mahu menyerah kalah.

Mungkin ada pihak menganggap dirinya ‘tenggelam timbul’, namun, diam tak diam, Sasi bakal melancarkan album keenam berjudul My Second Wave, bulan depan.

Ketika ini, Sasi giat mempromosikan single ketiga ciptaannya berjudul Humpty Dumpty yang menampilkan ELi.

Apa yang menarik, single ini menyentuh impak pandemik COVID-19 terhadap setiap insan.

“Saya dapat ilham mencipta lagu ini apabila menyedari ramai orang diburu rasa negatif dalam hidup, kerjaya dan persekitaran selepas pandemik COVID-19 menyerang.

“Ada yang mula merasakan dunia sudah sampai ke pengakhiran. Tapi, ramai gagal melihat semua dalam skop lebih besar.

 

Sasi mengangkat kisah impak penularan COVID-19 ke atas setiap insan dalam lagu baharunya. Foto Ihsan Sasi The Don
Sasi mengangkat kisah impak penularan COVID-19 ke atas setiap insan dalam lagu baharunya. Foto Ihsan Sasi The Don

 

“Saya ambil semua elemen ini dan hasilkan lagu dengan inspirasi dan positif.

“Jika seseorang berani mengatasi situasi normal baharu ini, banyak lagi yang kita boleh capai,” katanya.

Tiga tahun lalu, Sasi tampil dengan single pertama daripada album berkenaan, ABCD, iaitu hasil kolaborasi bersama penyanyi popular dari India, Anuradha Sriram.

Single kedua Daddy Don pula dipromosikan tahun lalu.

Selain menyanyi, Sasi yang memiliki kelayakan dalam bidang kejuruteraan, bekerja dengan sebuah syarikat swasta.

“Kerjaya dalam bidang pengiklanan dan pemasaran serta muzik menjadi keutamaan saya… Semuanya bergerak seiring,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat