Wan Ahmad Dahlan dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 9 Januari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkuatkuasa 9 Januari 2024.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan dan perkhidmatan serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

“Sukacita dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam berkuatkuasa pada 9 Januari 2024.

“Wan Ahmad Dahlan, 58 tahun berkelulusan ljazah Sarjana Muda Sastera Ilmu Komunikasi (Kepujian) dari Universiti Airlangga, Surabaya, Indonesia dan ljazah Sarjana Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya.

“Beliau telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 29 tahun sejak mula menyertai Perkhidmatan Awam sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pengangkutan pada 25 Januari 1995,” katanya.

Menrut Mod Zuki, pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan dan perkhidmatan serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, di Istana Negara serta di Jabatan Perkhidmatan Awam.

“Saya yakin dengan pengalaman serta kredibiliti yang dimiliki oleh Wan Ahmad Dahlan, beliau mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan ini bagi menyokong usaha serta memastikan pembaharuan sektor awam selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Kerajaan merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Dr. Zulkapli Mohamed atas segala khidmat bakti beliau sepanjang perkhidmatan sebagai KPPA,” ucap beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat