Jangan mangsakan rakyat untuk capai kepentingan politik – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pemimpin-pemimpin di negara ini dingatkan supaya tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa, atau mempertaruhkan ‘harga mahal’ bagi mencapai kepentingan politik kelompok tertentu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbezaan pendapat atau pegangan dalam politik tidak menjadi masalah di negara ini yang mengamalkan sikap terbuka, namun keutamaan perlu diberikan kepada kepentingan rakyat terlebih dahulu.

Justeru, katanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha keras dalam memastikan politik negara dipertahankan dan kekal stabil yang mampu membawa pembangunan, pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan seterusnya kesejahteraan kepada rakyat.

“Alangkah baiknya politik negara sentiasa dalam keadaan damai. Pemimpin politik harus pegang janji setelah sesuatu perkara dipersetujui, harus ada kesepakatan, pegang janji dan persetujuan diperoleh jangan jadikan untuk kepentingan kelomponya, yang seterusnya rakyat pula menjadi mangsa dalam politik.

“Jadikan Sabah ini sebagai contoh untuk kita menyantuni perbezaan dalam kepelbagaian. Kerjasama seperti di Sabah harus dijalankan (jadikan contoh) dan diperkukuhkan demi membawa kesejahteraan kepada rakyat,” lapor Bernama di Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat